Baru sekejap tadi, singgah ke blog pro parti Barisan Nasional.
Typical blogger.
Asal sokong BN mesti nak guna bahasa maki hamun. Tulis guna bahasa Melayu standard tanpa perlu maki hamun pun orang boleh faham.
Apa yang saya nak baca adalah informasi di sebalik kisah yang disiarkan.
Kenapa mesti ditambah perencah yang bikin panas? Ingat orang yang memang tak sokong BN ni akan jadi makin suka dengan BN?
Entah apa-apa.
Saya masih lagi non partisan.
Saya menyokong mana-mana parti politik yang bekerja untuk rakyat dan memudahkan rakyat, tak kira parti yang mana satu.
Setakat ni, saya baru layak buang undi pertama kali.
... dan setakat kali pertama mengundi, saya dah meluat dengan BN dan konco-konconya.
Bukan meluat apa, saya meluat dengan sikap berlagak mereka tu.
Nak cerita panjang-panjang pun meluat, lain kali la sambung (kalau saya rasa nak cerita pasal ni)
Yes.
Tak semua macam ni, cuma saya ni tak bernasib baik, asal jumpa je, mesti yang teruk-teruk dan hodoh-hodoh belaka yang saya jumpa.
Ha ha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan