Jumaat, 16 Mei 2014

Modal Berniaga Kedai Runcit, masalah atau sekadar alasan?

Apabila sikap buruk masih kita tak cuba ubah apabila uruskan perniagaan kedai runcit, masalah tak ada modal bukan lagi satu masalah. 

Ia akan bertukar daripada masalah kepada alasan!

Modal tak ada bukan satu masalah, tetapi alasan semata-mata.

Boleh dicari modal ini kalau bersungguh. 

Sama ada jual barangan jualan sedia ada dan ambik gaji dengan sangat minima asalkan lepas untuk buat bayar komitmen bulanan ataupun buat pinjaman. 

Nak buat pinjaman ni pulak, kena tahu kat mana nak pinjam. 

Ada tempat, bila kita buat pinjaman, akan dikenakan bayaran bunga. Ada interest bagai. 

Pinjam RM1,000 nanti kena pulangkan RM1,200 pulak. 

So, ia akan buatkan untung kasar yang kita dapat tu jadi merosot. 

Kena pandai cari orang-orang tertentu yang tak kisah nak bagi kita buat pinjaman tanpa interest. 

Skil untuk dapatkan modal. 

Ini salah satu skil terpenting dalam berniaga kedai runcit. Lagi besar modal boleh cari, In Shaa Allah lagi tinggi potensi pendapatan yang kita boleh dapat dari perniagaan jenis runcit ni. 

Beberapa hari lepas, (11 May) Alhamdulilah berjaya dapat modal injection.  Pinjaman tanpa bunga. Pinjam banyak tu, pulangkan pun banyak tu jugak.



Untung 100% saya simpan. 

Masa awal-awal bukak kedai runcit dulu, tak ada sapa pun yang bagitahu, nak niaga ni kena selalu cari modal. 

Dari masa ke masa kena suntik modal. 

Modal sedia ada, kalau nak harap dia kembang sendiri, lambat. Kalau duk tunggu modal tu jugak, alamak sampai bila-bila pun macam tu je la bisnes kita. 

So macam mana pun kena ada tambahan modal.

Modal ini saya target untuk jual produk yang boleh beri pulangan sekitar 20% untuk setiap jualan. 

Bermakna potensi pendapatan sekitar RM120. 

Mudah-mudahan cepat dapat jualan, ada rezeki, 

RM120 x 3 kali pusingan rolling duit mudah-mudahan dapat kumpul untung RM360

Ini yang saya maksudkan, kena tahu mana nak cari modal. 

Saya pinjam dari orang yang saya boleh percaya dan dia juga percaya saya. 

Niat dia untuk bantu saya yang memang dalam kesusahan. 

Lagipun, dia memang ada duit yang masih belum nak digunakan dalam masa terdekat. 

Daripada duk lekat dalam Bank dan bagi bank niagakan, lebih baik bagi kat saya.

Memang banyak cabaran berniaga dalam perniagaan runcit ni sebenarnya.  

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...