Jumaat, 16 Mei 2014

Pentingnya Ejaan Nama Yang Betul Pada Tiket Air Asia

Pernah naik flight Air Asia?

Kalau anda pernah naik flight Air Asia, anda mesti tahu yang Air Asia ini tidak mengeluarkan sebarang tiket penerbangan.

Konsep Air Asia ialah ticketless Airlines. 

Anda boleh check in hanya dengan menggunakan passport ataupun kad pengenalan untuk penerbangan domestik. 

Apa yang anda perlu lakukan setelah berjaya membuat tempahan penerbangan bersama Air Asia adalah untuk mencetak boarding pass.

Pada boarding pass ini lah akan tercatat nama anda dan maklumat penerbangan anda. 

Semuanya anda boleh buat sendiri. 

Kalau anda tertinggal boarding pass pun tak ada masalah. Asalkan anda ingat nombor tempahan, itupun dah cukup baik. 

Jadi, macam mana cara pihak pengurusan Air Asia mengenal pasti sama ada anda adalah penumpang sebenar untuk penerbangan tertentu? 

Jawapannya ialah menerusi maklumat yang tertera pada kad pengenalan atau dokumen perjalanan anda. 

Paling utama ialah nama. 

Anda perlu pastikan nama anda sama, dari segi ejaan, dan susunan seperti yang tertera dalam dokumen perjalanan anda dan juga pada boarding pass

Kalau tak sama? 

Anda akan ada masalah. Kalau ejaan tak sama, bermakna anda akan dikira sebagai orang yang berbeza... melainkan anda dapat buktikan yang kelainan tersebut berpunca daripada kesalahan ejaan dan sebagainya. 

Hati-hati. 

Semasa saya bekerja sebagai customer support dulu, ada beberapa kes, pelanggan terpaksa beli tiket baru, disebabkan oleh kesalahan ejaan

Adakalanya kesalahan ejaan tersebut dah jatuh dalam kategori melampau dan tak masuk akal. 

Sebagai contoh, mereka masukkan nama samaran, (alias) ataupun nama glamor. 

Sedangkan dalam terma dan syarat Air Asia itu sendiri dah pun dimaklumkan bahawa untuk nama perlu tulis dengan nama sebenar dan pastikan sama dengan nama yang tertera pada passport

Tapi tetap ada kes-kes terpencil yang tak nak dengar cakap... 

Bila tiket dah kena reject, nak gaduh pun tak guna. 

Nak tak nak, terpaksa la anda beli baru. 

Namun sebelum anda beli baru, apa kata anda cuba langkah-langkah berikut untuk tukar nama dan ejaan pada tempahan asal anda. 

Langkah pertama, baca entri ni dulu panduan melakukan pembetulan ejaan nama pada tiket penerbangan Air Asia

Langkah kedua, isikan e-form dan nyatakan bahawa anda ingin buat pembetulan ejaan. 

Pastikan anda attach dokumen sekongan seperti kad pengenalan untuk penerbangan domestik dan juga kad pengenalan bagi penerbangan antarabangsa. 

Langkah ketiga, selepas anda tekan butang send, hubungi pihak pengurusan sama ada menerusi FB, twitter ataupun live chat. Pastikan mereka ada respons dan maklum bahawa anda ada hantar request menerusi eform. 

Kalau nak puas hati, buat semua sekali. 

Kemudian tunggu lah mereka buat kerja mereka. 

Penting untuk selalu follow up. 

Manalah tahu tiba-tiba tak dibenarkan buat pembetulan ejaan, dan anda terpaksa buat tempahan yang baru. 

At least anda tahu, dan ada masa untuk buat tempahan lain. 

So lepas ni, hati-hati semasa buat tempahan dan jangan sampai tersalah eja nama semasa buat tempahan. 


  

 

18 ulasan:

  1. Kalau x letak bin atau binti tak apa ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya jugak ingin mengetahui benda yang sama

      Padam
    2. Tak perlu letak bin/ binti tak ada masalah

      Padam
  2. Klu nana Ada A'lif..tp sy daftar atas nama Alif bgmn? Ebb smasa tempahan sy dh try letak A'lif tp xboleh..dia Kata Selah format n saya abaikan profail tu..just tulis Mohd Alif bin MOhd

    BalasPadam
  3. salam.kalau tarikh lahir silap mcm mana?

    BalasPadam
  4. Encik kalau ejaan salah nanti pergi kaunter service edit..dia org ada charge x

    BalasPadam
  5. Salam kalau salah tarik lahir cam mana ada masalah keh

    BalasPadam
  6. Assalam tuan.. Sy akn ke Bandung, tp masa tempah tiket xletak bin/binti, sedangkn dekat passport ada bin/binti.. Ada masalah tak dgn AirAsia, atau sy kne buat pembetulan dgn AirAsia.. Kalau xperlu ubah,
    Dgn imigresen pula mcm ner, ada masalah tak?
    Tq ye sape2 yg bantu

    BalasPadam
  7. assalamualaikum encik, sy pun ad mslh yg sm, berkenaan nama tak letak bin/binti. sy akan ke korea pd 5/3/2016 ini, baru nk check in tp risau xlepas d imigresen nt sebab tak letak binti tu. Mintak encik reply sy secepat mungkin. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis anis nabila..sis msti da blik dri korea jd sya nk tny sis ada mslah tak dengan nama y takde bin/binti..sbb saya mengalami masalah y sama..

      Padam
  8. Assalamualaikum En., Sy pon ada mslh sama berkenaan nama tak letak bin/binti., Takut sangkut kat mana mana nanti., Sy akan ke New Zealand awl bulan 4., In shaa Allah., Harap En boleh reply ASAP., Thank you.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf kalau saya tlg jawabkan. Setahu saya ada sesetengah negara tak letak bin/binti tu pun xpe.sbb mmg bila kita isi form dia air asia xkn keluar bin/binti.semasa saya ke korea pun bnda tu tak ada masalah.tapi saya tak pasti untuk negara lain.sebab pernah dengar ada kwn2 ckp negara australia ke ape ketat cikit kalau pasal bin/binti ni.

      Padam
  9. Sy pn nk ty benda yg sama.sy akan ke bandung nanti.ms bli tiket xletak binti tp kat pasport ade binti..ade masalah x nanti kt imigresen..risau pulak.

    BalasPadam
  10. Salam..dalam ic dan passport nama ayah "hj tajul"..tp dalam tiket sy letak "tajul" sahaja..boleh x?

    BalasPadam
  11. saya nak tanya kalu saya ltk nama contoh maria binti abdul latip abdul latip mcm mn ye??

    BalasPadam
  12. Given name : Maria
    Family name : Binti Abdul Latip

    BalasPadam
  13. hai.saya nak tnya. kalau nak ke vietnam perlu letak binti ke tidak ya? thanks.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...