Jumaat, 16 Mei 2014

Sumber Pendapatan Selepas Bersara

Sumber pendapatan selepas bersara... ini merupakan salah satu topik yang jadi perbualan antara saya dan kawan-kawan.

Agak-agak lepas dah bersara nanti, mana nak dapat income ya. 

Memanglah orang kata, bila kita dah bersara ni, keperluan untuk perbelanjaan kita dah makin berkurang, ada banyak komitmen kewangan sebelum ini yang kita tak perlu nak bayar lagi sebab kita dah bersara. 

Antara yang dapat kita relate iailah seperti belanja untuk tujuan travel, contohnya macam tol, petrol dan parking. 

Kemudian belanja untuk makan di luar.

...dan banyak lagi. 

Untuk setengah orang, bila kita kata selepas bersara, apa yang terlintas di fikiran ialah pada waktu tu kita dah tua. Usia sekitar 55 tahun keatas. 

Hmm tak semestinya macam tu ya kawan. 

Saya nak tanyalah... anda tak teringin ke nak bersara awal? Kenapa mesti nak kena tunggu usia dah lanjut, baru nak bersara? 

Why not kita plan untuk bersara lebih awal berbanding usia yang diwajibkan untuk bersara

Itu yang kita nak bincangkan.

Jika kita bersara awal dari alam pekerjaan, apa dan dari mana agaknya kita akan dapatkan sumber pendapatan kita tu nanti?

Salah satu sumber yang boleh dijadikan punca pendapatan pada pandangan saya ialah menerusi program buat duit dari rumah Jobdirumah.

Program ini bukanlah sesuatu yang baru. 

Saya pasti anda pasti pernah dengar tentang program ini di mana-mana. 

Kita akan jadi seorang freelancer menerusi program ini. 

Buat kerja-kerja mudah seperti menaip dokumen, data entry, kerja-kerja penterjemahan, customer servis dan banyak lagi. 

Anda boleh lihat sendiri laman web jobdirumah untuk meneliti senarai kekosongan kerja yang ditawarkan.

Selain dari itu, selepas bersara, eloklah kiranya anda ceburkan diri dalam bidang perniagaan. 

Bidang perniagaan memang ada risikonya yang tersendiri. Namun, anda boleh pilih untuk cuba berniaga dalam perniagaan yang menawarkan risiko kerugian yang minimum. 

Sebagai contoh menerusi kaedah dropship. 

Kaedah dropship ni kan... bila difikirkan semula, sebenarnya ia tak banyak beza dengan kaedah orang-orang dulu berniaga. 

Satu masa dulu, orang berniaga hanya dengan berbekalkan katalog semata-mata. Bila bakal pembeli dah confirm nak beli produk tu, barulah si promoter tu tadi akan buat tempahan. 

Itu pun tempahan hanya dilakukan setelah bakal pembeli dan beri duit untuk bayaran. 

Selagi bayaran tak dibuat, selagi itu tak akan buat tempahan lagi. 

Cuma sekarang, mekanisme dan carta alir untuk perniagaan ini ada sedikit perubahan. 

Ada beberapa perkara yang nampaknya sedikit berbeza, namun ia tidaklah jauh beza. 

Jadi, untuk simpulkan topik perbincangan ini, selepas bersara nanti, anda bolehlah pertimbangkan untuk jadi freelancer yang bekerja hanya dari rumah dan sambil-sambil tu, boleh juga buat marketing menerusi kaedah dropship

Dua-dua ini merupakan proven sistem yang boleh hasilkan pendapatan dari rumah selepas anda bersara kelak.    

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...