Jangan ingat kerja dari rumah tu satu benda yang mudah.
Silap percaturan, alamatnya tak kerja la korang. Nampak je macam sibuk merenung dan ditenung skrin komputer.
Hakikatnya apa pun tak ada.
Hasil tak ada.
Income tak ada.
Bila semua tu tak ada... macam mana nak teruskan kelangsungan hidup tanpa perlu bergantung dengan orang lain?
Ni nak sambung artikel sebelum ni yang bertajuk bagaimana jobdirumah bantu atasi masalah pengangguran. Sebenarnya niat asal nak jadikan satu artikel.
Tapi tengok-tengok dah panjang pulak artikel tu. So, tak jadi la nak buat macam tu.
Kalau nak kerja dari rumah, apa syarat wajib yang kita kena penuhi ya?
1. Ada sambungan internet yang stabil dan ada laptop/komputer
Ini paling basic.
Kalau dua benda ni tak ada... la... macam mana nak buat kerja nanti.
2. Mempunyai ruang kerja yang selesa
Pastikan ada meja.
Ada kerusi yang selesa untuk anda bekerja.
Keadaan perlu selesa untuk elakkan anda dapat sakit yang pelik-pelik. Contohnya macam sakit belakang dan sebagainya.
3. Anda mampu bekerja tanpa pengawasan
Yang ni penting sebabnya tak ada siapa yang akan monitor kerja anda.
Yeay!
Tak ada supervisor yang akan kacau anda dan sibuk-sibuk nak cek hasil kerja anda. Best kan macam tu?
Well setengah orang ni, bila tak ada yang semak kerja dia, dia mengeliat. Tak buat kerja pulak.
4. Mampu buat kerja ikut dateline
Setiap kerja yang disenaraikan di laman web jobdirumah ada dateline.
Kalau majikan yang beri job tu kata kena siap dalam masa dua hari, anda kena ikut masa yang ditetapkan.
Kalau dah tau tak boleh ikut ketetapan masa yang diberi, jangan apply kerja tu.
Kalau anda dah apply, lepas tu tak ikut masa yang ditetapkan, anda hanya akan mencalarkan reputasi anda je nanti.
Di masa akan datang, anda akan susah nak apply kerja dah.
5. Jangan terlalu demand bab gaji
Bekerja secara online ni sedikit berbeza berbanding kerja secara offline.
Majikan tak kenal siapa kita.
Kita nak nego dalam bab-bab harga ni pun payah jugak.
Kalau anda masih baru, cadangan saya ialah, buat seberapa banyak kerja yang boleh yang berkaitan.
Tujuannya adalah supaya anda dapat penuhkan portfolio anda dengan senarai kerja.
Ini juga menunjukkan anda mempunyai pengalaman kerja dengan jobdirumah yang luas dan secara tak langsung ini dapat meningkatkan keyakinan bakal majikan yang lain untuk mengupah anda bekerja.
Ok sekarang anda dah tau apa syarat wajib untuk bekerja dari rumah.
So, cepat apply kerja kosong yang sangatlah banyak tu di laman web jobdirumah sekarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan