Secara purata, blog ini menerima kunjungan sekitar 200 - 300 pelawat dalam sehari.
Pelawat tu pula datangnya sama ada dari dalam negara, dan ada juga yang datang dari luar negara.
Ada pelawat yang memang betul-betul manusia, dan tak kurang juga pelawat yang sebenarnya adalah robot ataupun bot semata-mata.
Pelawat manusia, biasanya mereka akan tinggalkan komen.
Kalau tak tinggalkan komen sekali pun, mereka akan tertarik untuk baca mana-mana satu posting yang unik dan pelik.
Pelawat jenis bot ni pulak, dia main redah je setiap entri.
Entri yang saya tulis semata-mata nak buat backlinking pun dia baca. Entah apa yang menarik, dan entah apa sebenarnya yang dia nak tengok.
Blog ini saya tak promosikan, langsung. Biarlah...
Bukan sengaja tak nak promosikan, cuma kesempatan untuk buat promosi tu tak ada. Setakat sekarang ini, saya lebih selesa guna teknik seo untuk mempromosikan blog ini.
Biar lambat asalkan hasilnya berpanjangan.
Sekarang ni pun orang dah mula sembang bab seo semula. Entahla... mungkin sebab dah mula kecewa kot dengan prestasi dan pulangan yang diperolehi bila guna kaedah pengiklanan berbayar tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan