Sabtu, 14 Jun 2014

Apa Jadi Dengan Ebook Jurnal Pemasaran Affiliate?

Projek ebook terbaru saya, Jurnal Pemasaran Affiliate rupanya tak semudah yang disangkakan. 

(rasanya setiap ebook yang saya tulis semuanya susah kot)

Pada asalnya saya plan nak launch sekitar 03 June, bersempena dengan tarikh ulang tahun kelahiran saya.

Tiba-tiba... Eh eh eh... macam tak best je. Hmm rombak semula. 

Bila muncul tarikh 06 June, saya masih tak cukup puas hati lagi dengan hasil kerja saya sendiri. 

Setiap masa saya asyik tanyakan pada diri sendiri persoalan ini... 

Ebook Jurnal Pemasaran Affiliate ni, kot kot Mak Cik yang dah on the way nak pencen baca ebook ni, dia boleh paham ke idak? 

Kalau boleh faham, bagus. Tapi masih belum cukup bagus. 

Lepas mak cik yang sama ni dah boleh faham, dia boleh terus buat ke tidak? 

Err... dah faham tak kan dia tak nak terus buat? kalau dia tak nak terus buat, bukan salah saya, salah mak cik tu sendiri la... 

Ha... 

Kalau macam tu, ebook Jurnal Pemasaran Affiliate ni dah tak ada beza la dengan ebook-ebook lain tentang affiliate marketing yang bersepah-sepah kat pasaran tu ha. 

Setakat hari ni, rasanya dah banyak jugak ebook tentang affiliate yang saya dah baca. 

tak ada lah sampai ribu-ribu ebook. Ratus-ratus je baru dalam tempoh masa 4 - 5 tahun kebelakangan ni. 

Ada ebook yang bila dibaca... kita rasa macam Oooo. Then tutup dan terus lupa kat mane entah save file ebook tu. 

Ada ebook, bila dah baca hati rasa tak sabar-sabar lagi nak praktikkan. 

Fuh fuh I can do it! I can do it! 

Ebook dalam kategori yang kedua, tu amat rare. 

Memang jarang dapat baca satu ebook yang membangkitkan keinginan dan nafsu untuk maju! 

Yang banyaknya...

Ebook bila dibaca, kita pun ikut rasa sayu je... 

Sebab tu ebook Jurnal Pemasaran Affiliate ni kena di edit dan revise banyak kali.

Selagi tak capai standard yang saya tetapkan, selagi tu saya tak akan jual. (dalam hati kata, baik bagi free)

Matlamat saya, 

1. Bila orang baca, dia faham

2. Lepas baca, pembaca rasa seronok dan terus cuba teknik yang diajarkan 

3. Lepas tu berjaya dapat income! Tak dapat banyak, boleh dapat RM300++ setiap bulan, itupun dah kira bagus, kan? 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...