Apa pendapat anda tentang persoalan ini?
Adakah anda rasa bekerja sendiri itu lebih baik, atau...
Bekerja makan gaji itu jalan yang terbaik. Mana satu agaknya ya?
Pada saya, jawapannya bergantung pada individu dan setiap orang punya jawapan yang berbeza, kerana perbezaan itu juga bertitik tolak daripada cara hidup dan cara kerja yang berbeza.
Bekerja sendiri itu lebih baik, jika
1. Anda ada income yang konsisten
Bagaimana cara anda buat duit? Ya. Anda kata anda bekerja sendiri, namun, pernahkah anda fikirkan, dari mana sebenarnya sumber kewangan anda itu nanti?
Adakah anda berniaga? Bagaimana pula konsep perniagaan anda? Adakah perlu kedai, atau anda hanya berniaga atas talian?
Tak kisah sebenarnya bagaimana cara anda nak berniaga mahupun platform apa yang anda akan gunakan, tetapi... anda perlu pastikan bahawa anda mampu mendapatkan income yang konsisten.
At least anda boleh dapat 2 - 3 sales dalam sehari, dengan purata keuntungan RM25 per jualan.
Jika tidak, anda sebenarnya sengaja menempah masalah... melainkan, anda masih lagi tinggal bersama keluarga.
2. Ada semangat dan disiplin yang kuat
Ini juga salah satu perkara yang anda perlu pastikan.
Jika anda jenis yang pemalas, dan tak berdisiplin, maaf kata, anda akan hidup lagi sengsara kalau nak bandingkan masa anda bekerja makan gaji satu masa dahulu.
Bekerja sendiri ini... kita bebas. Kita tak ada bos. Dan tak ada siapa yang nak arahkan kita buat itu ini.
Tapi awas... income kita juga sebenarnya dipengaruhi oleh tahap kemalasan kita. Kalau malas melampau, jangan mimpi la nak dapat income yang banyak.
3. Ada panduan untuk bekerja sendiri
Jika anda memang ada kepakaran khas, maka anda boleh lupakan mengenai point perlu ada panduan ini.
Satu masa dulu, saya juga kerap tercari-cari arah... apa nak buat, apa perlu dilakukan, lebih-lebih lagi apabila sesetengah perkara yang saya buat tidak memberikan hasil seperti yang saya harapkan.
Mujur, pada waktu itu, saya ada Panduan Bekerja Dari Rumah yang saya jadi rujukan setiap kali saya blank.
Untuk anda, saya juga mengesyorkan panduan ini untuk rujukan anda.
4. Ada back up plan untuk bekerja sendiri
Orang yang kerja makan gaji ini, mereka untung sebab ada tabungan KWSP.
Ini adalah simpanan paksaan, yang dikenakan keatas mereka dan juga majikan mereka. Namun ia ada kebaikkannya, iaitu untuk memastikan anda tetap ada duit apabila anda bersara kelak.
Orang kerja sendiri ada ke semua ni? Hmm... majoriti tak ada.
Ada juga yang tak terfikir pun nak wujudkan semua ini.
Sebab itu anda kena ada back up plan. Kalau anda nak tiru cara saya, ini adalah back up plan yang saya gunakan.
Klik sini untuk info: Pelan Persaraan Untuk Mereka yang bekerja sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan