Isnin, 21 Julai 2014

Bahaya Beri Hutang Dengan Ahli Keluarga

Saya lemah betul, kalau ada adik beradik yang dalam kesusahan, dalam kesempitan wang, lepas tu ajak jumpa sebab dia nak pinjam duit. 

Well... adik beradik kot. 

Nak bagi pinjam, kita pun bukan banyak duit sangat. Tak bagi pinjam pulak... nanti kita sendiri yang rasa tak syok bila tengok dia dalam kesusahan. 

Namun satu je masalahnya bila pinjamkan duit dengan adik beradik atau saudara sendiri. 

Selalunya kita tak akan dapat balik duit kita tu nanti

Itulah yang paling hampeh.

Bila kita mintak balik duit kita, akan ada macam-macam alasan. Masih tak ada duit.. tak kesian ke... tak boleh ke tolong tangguhkan lagi. Macam-macam alasan. 

Sebab apa orang pinjam duit?

Sebab dia tak ada duit. 

Pihak institusi kewangan macam bank misalnya, mereka cukup arif dengan kerenah manusia yang reti meminjam, tetapi cukup liat kalau nak pulangkan duit. 

So mereka pun hanya beri pinjaman kepada individu terpilih, yang mana, individu tersebut mestilah ada kemampuan untuk bayar balik nilai pinjaman. 

Jika tidak.... 

Sorry. 

Anda tak layak nak pinjam walau sesen pun. 

Itu kes bank. Satu entiti yang memang buat duit, dengan jalan beri hutang. Walaupun bukanlah 100% menerusi aktiviti pemberian hutang, tetapi majoriti adalah menerusi kaedah itu.

Beri ikan atau beri pancing ikan?

Mungkin... jika ada adik beradik kita yang susah, kita boleh pertimbangkan perkara ini, sama ada nak beri mereka ikan, atau kita patut beri mereka pancing supaya mereka boleh pancing sendiri ikan yang mereka nak. 

Maknanya, instead of beri duit untuk mereka selesaikan masalah mereka yang bersifat short term itu, ada baiknya kita beri mereka something, mungkin peluang untuk mereka buat duit, sebagai contoh beri mereka panduan untuk buat duit hanya dari rumah, atau ajar mereka cara bina laman web automatik yang menghasilkan income sehingga USD 65,000 dalam setahun, dengan ini, masalah mereka pasti dapat diselesaikan.

Bahasa? 

Ah... bahasa bukan satu penghalang.  

   

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...