Isnin, 21 Julai 2014

Berhutang satu ketagihan?

Hidup saya tak akan tenang selagi mana saya masih lagi ada hutang yang menggunung.

Ini bukan cerita main-main atau sengaja nak buat-buat. Jauh sekali untuk tarik perhatian rakan-rakan pembaca dan pelawat blog ini. 

Saya mulakan hidup ini tanpa hutang. 

Suci, murni, dan bersih dari dosa dan noda riba. 

Kemudian saya diperkenalkan dengan peluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, dan peluang-peluang yang tersedia untuk saya selepas habis belajar. 

Saya boleh kerja kat syarikat sekian sekian dalam jawatan sekian sekian dan memperoleh pendapatan yang sangat membanggakan. 

Budak umur 16 - 17 tahun yang masih belum kenal erti hidup di dunia, bila dihidangkan dengan cerita-cerita tentang duit, siapa yang tak goyang? 

Maka bermulalah perjalanan hidup saya ke peringkat seterusnya dengan niat, azam dan tekad untuk menyambung pelajaran, dengan angan-angan untuk bekerja di syarikat yang GAH dengan gaji yang lumayan. 

Namun lepas habis belajar apa jadi? 

Peluang pekerjaan kurang. 

Jawatan dan pekerjaan yang diidam-idamkan tak ada. 

Dapat bos HAPRAK punya perangai. Dapat ofis mate, jenis nak tikam belakang, dan asyik berlumba-lumba bukannya untuk capai kedudukan yang baik, tetapi berlumba-lumba untuk membenamkan rakan sekerja. 

Semuanya sebab? Terpengaruh dengan kisah dongeng kononnya alam pekerjaan itu sungguh indah. 

Dulu saya tak heran langsung dan tak terfikir pun nak ada kad kredit. 

Sekarang... selepas saya melalui satu fasa kehidupan yang "memerlukan" saya untuk ada kad kredit, nak tak nak... terpaksa ambil juga. Lepas satu kad, satu kad lagi saya ambil, hinggalah akhirnya, dalam simpanan saya sekarang, ada 4 kad kredit dari 3 bank berbeza. 

Wah... apa specialnya dengan ada kad kredit? 

Ia mudah. Mudah nak berhutang. 

Dengan anggapan, ianya juga mudah untuk langsaikan hutang. 

Sekarang ini, fokus saya adalah untuk hidup bebas hutang. Saya teringin kembali kepada waktu dahulu, dimana saya tak ada hutang walau sesen pun dengan mana-mana institusi kewangan. 

Walaupun saya sendiri rasa ianya sukar dan hampir mustahil, namun harapan itu tak pernah saya hentikan. 

At least saya kena mencuba. 

Saya cuba buat kerja sambilan dari rumah dengan bantuan laptop dan internet. Itupun selepas saya merujuk kepada Panduan Jobdirumah yang pernah saya beli satu masa dulu. 

Saya buat bisnes Tone Excel

Saya jual produk saya sendiri. Produk ebook maksud saya. 

Wah... berhutang itu mudah. Nak bayar hutang itu susah. 

Nak berhenti berhutang, itu pun susah. Adakah, hutang itu juga sebenarnya salah satu daripada bentuk ketagihan

Memang pandai orang cipta sistem yang memudahkan orang lain berhutang ini. Sekarang ini, kita terpaksa hidup macam hamba, bukan hanya hamba kepada Allah Yang Maha Esa, tetapi hamba kepada manusia juga. 

Semoga Allah izinkan untuk diri ini dan diri anda untuk bebas dari hutang sebelum kita meninggalkan dunia ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...