Sebelum-sebelum ini, kalau saya nak buat affiliate marketing, saya akan gunakan medium blog semata-mata.
Bila guna blog ini, faham-faham je la ya, maknanya memang kita kena menulis. Kena hasilkan boleh tahan juga banyaknya entri dalam blog.
Bukan sebarang entri. Bukan calang-calang entri. Setiap entri ada tujuannya sendiri, sama ada
1. Untuk tujuan promosi sesuatu produk affiliate
2. Untuk tujuan promosi artikel sebelum ini
3. Untuk tujuan SEO
4. Untuk tujuan back linking
Baca lagi: Teknik SEO mantapkan earning komisyen affiliate
Sebab tu, ada sesetengah artikel, nampak sangat dia punya mengarutnya. Tapi, tetap kita buat. Tetap kita siarkan.
Kalau pada pandangan mata kasar, kita sendiri pun tak nampak, apa sebenarnya signifikannya sesuatu entri tu.
Dengan huru haranya.
Tak ada format yang khusus.
Kadang-kadang tu, kalau kita baca pun satu apa pun kita tak faham. Tetapi rupanya, disebalik artikel yang selekeh itu, rupanya ada tujuan lain, iaitu untuk bina back linking.
Contoh dia macam ni, anda nak tahu macam mana nak dapatkan RM800 - RM1,000 sebulan hanya dengan main affiliate?
Baca artikel ini: webinar belajar affiliate bersama pengasas Ashadee
Contoh yang kat atas ini ialah backlinking.
Saya sedang bina link, untuk ke blog saya yang satu lagi, yang mengajar macam mana nak buat duit online hanya dengan program affiliate.
Sebab tu, pemasaran dengan blog ini, kita tak boleh nak terlalu rigid. Mesti nak kena buat artikel yang mantap, mesti nak guna artikel yang power.
Kadang-kadang tu, artikel yang biasa-biasa pun dah cukup dah.
Kita pun tak tau, artikel yang mana satu yang berhasil untuk memberi jualan. Sebab tu, kita tak boleh nak jemu buat artikel.
Buat je la walaupun rasa macam tak ada idea sangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan