Isnin, 28 Julai 2014

Bukti Income Nuffnang RM3.45 Cantikkan Nombor ni?

Income dari akaun Nuffnang untuk blog ini masih lagi tetap tak berganjak. 

RM3.45 dari dulu lagi. 


Sebelum ni, status Glitterati pernah ditarik balik. 

Itupun sebab saya masukkan blog ini, yang asalnya bukan milik pemilik akaun ni. 

Saya anggap itu sebagai salah satu proses verifikasi lazimnya yang perlu dilalui oleh setiap blog yang berminat nak siarkan iklan Nuffnang.

Kalau blog ini boleh konsisten hasilkan income Nuffnang, itu pun saya dah cukup puas hati. 

Buat masa ini, masih belum ada tanda-tanda, Nuffnang nak beri saya sebarang income. 

Tak apa... saya bagi sikit masa lagi. 

Mungkin sebab trafik yang masuk dalam blog ini banyaknya datang dari luar negara... sebab tu mereka berbelah bahagi nak bagi saya income. 

Agaknya la... 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...