Sebagai internet marketer, cara saya bekerja memang agak lain sikit berbanding orang lain.
Orang biasa, mungkin akan nampak rutin seharian saya hanya duk depan laptop dan menaip.
Tup tap tup tap tap
Tapi ramai yang tak tau, saya sedang sibuk buat kerja-kerja pemasaran. Ya, saya sedang buat marketing untuk produk Panduan Jobdirumah. Kadang-kadang saya buat marketing produk sim kad tone excel.
Ah... macam-macam lah sebenarnya yang saya buat.
Kerja macam saya ni, ganjarannya adalah dalam bentuk komisyen. Memang tak ada gaji tetap.
Ada rezeki, dapat banyak sales, maka akan banyaklah juga income yang saya akan perolehi dalam bulan-bulan tertentu.
Mungkin, kalau nak diikutkan, apa yang paling berharga yang saya kecapi ialah, masa bersama keluarga dan orang tersayang.
Bila-bila masa, saya ada untuk mereka.
Melihat mereka membesar, didepan mata adalah satu anugerah yang tak terucap indahnya.
Di saat orang lain perlu keluar rumah mengharungi cabaran yang penuh berliku, saya masih boleh bekerja walau dimana-mana sekalipun, asalkan disitu ada sambungan internet.
Jadi, siapa lagi yang nak jadi internet marketer?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan