Bisnes berkonsepkan dropship.
Salah satu jenis konsep bisnes online yang paling saya minat satu masa dulu. Memang seronok buat bisnes dengan konsep macam ni.
Dengan konsep bisnes seperti ini, ada macam-macam produk yang saya boleh jual dalam satu satu masa.
Bukan setakat satu produk, malahan, 10, 100, dan juga kalau mampu nak jual sampai 1,000 produk pun tak ada masalah.
Peranan kita pun mudah sangat.
Saya bagi idea macam mana nak jual 100 produk dalam satu-satu masa, dan pada masa yang sama, kita tak nak keluar duit langsung untuk tujuan modal.
Ok ok, mungkin kena keluar jugak, walaupun sikit. Tapi tak banyak.
Mula-mula sekali buat satu landing page. Guna platform blogspot je. Dengan ini, anda boleh jimat dari segi domain dan hosting. Blogspot kan percuma je, jadi anda tak perlu risau nak kena bayar apa-apa.
Ini contoh laman web landing page yang dibina guna blogspot.
Klik sini
Kemudian anda masukkan nama produk, kriteria, ciri-ciri dan sebagainya.
Gambar letaklah cantik-cantik dan dapatkan pelbagai bentuk. Kalau boleh dapatkan gambar dari sudut-sudut yang berbeza.
Bila semua produk yang anda nak jual dah dimasukkan dalam laman web landing page tu, maka tugas seterusnya ialah tarik trafik masuk ke laman web tersebut.
Itu sahaja.
Senang kan?
Kalau setuju senang, cepat la buat. Go make money online!
Ps: 30 hari mahir Dropship
Tiada ulasan:
Catat Ulasan