Menulis blog dek kerana nak melayan hobi dengan menulis blog sebab nak buat duit, pendekatan dia tak sama.
Kalau anda memang nak buat duit dengan blog, tapi menganggap, penulisan blog sebagai hobi semata-mata, dan anda hanya akan menulis bila senang... alamatnya memang payah la nak buat duit.
Silap-silap, anda langsung tak akan berjaya nak buat duit.
Walaupun hakikatnya anda dah mula menulis blog sejak dari tahun 2009 lagi.
Ehem blog ini dah wujud sejak dari tahun 2009 :-)
Nak menghasilkan penulisan yang boleh menghasilkan pendapatan, sebenarnya ada formulanya yang tersendiri.
Betul.
Anda perlu tahu formula sebenar untuk buat duit dengan blog.
Cubalah anda bayangkan... untuk hasilkan income dari blog, anda tak boleh bergantung harap hanya pada beberapa artikel semata-mata. Kadang-kadang anda perlukan sekurang-kurangnya 100, dan mungkin 1,000 artikel, lepas tu barulah mudah untuk anda hasilkan pendapatan.
Baca lagi: Formula buat duit dengan blog
Kalau tak lumayan sekalipun, anda pasti dapat income yang lebih selesa.
Cukuplah untuk bayar bil, untuk teruskan kehidupan dan sebagainya.
Berbalik kepada kisah formula yang saya sebutkan tadi tu, anda perlukan satu formula untuk bantu anda hasilkan 100 artikel dalam masa yang singkat.
Artikel tu semua pulak mestilah unik, boleh dibaca dan mempunyai nilai. Bukan setakat main hentam je.
Ambik kat mana-mana artikel copy paste lepas tu siarkan. Kalau macam ni, memang senang dan mudah nak dapat banyak artikel sekali gus, tetapi, cara ini boleh jadi agak mustahil untuk anda dapat sebarang income sebenarnya.
(itupun kalau lah anda tahu)
Apapun, anda kena tahu dan faham, apa prioriti anda.
Adakah semata-mata nak buat duit?
Suka-suka nak menulis...
Atau ada sesuatu yang lain, yang membawa makna yang lagi besar dari tu?
Cm ne cre bro email kat sy. omarali663@ymail.com
BalasPadam