Isnin, 28 Julai 2014

Fungsi Iklan Adalah Untuk Menghasilkan Jualan

Masih ramai lagi yang ambik mudah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengiklanan secara online.

Claude C Hopkins dalam bukunya berjudul, Scientific Advertising ada menyebutkan, fungsi iklan adalah untuk menghasilkan jualan.

Jika iklan anda gagal menjual, iklan anda GAGAL. 

Tukar iklan lain, dan hentikan sebarang potensi kerugian akibat daripada penggunaan iklan yang tak berfungsi seperti yang sepatutnya. 

Kebanyakkan peniaga online, mereka akan menggunakan kaedah pengiklanan berbayar seperti FBAds untuk tujuan iklan. 

Common sense, sekarang ni, semua orang ada FB, dan most of the time mereka akan luangkan masa mereka untuk bersosial di FB. 

Kalau nak beriklan, iklankan bisnes anda ditempat yang ada ramai orang. 

Tetapi, masalah dengan iklan berbayar ialah dari segi kos.

Memang ada orang, berjaya dapatkan kos pengiklanan yang murah. 

Sekitar RM0.01 - RM0.03 untuk setiap klik, dan berjaya pula jana untung sehingga ratusan ringgit dalam masa yang singkat.

Akan tetapi... bukan semua orang mampu nak buat begitu. 

Melainkan, anda mempunyai ilmu yang sepatutnya, seperti ilmu untuk dapatkan kos iklan FBAds murah dan juga ilmu Keris Jutawan.

Jika anda tak berminat dengan kos iklan murah, tak ada masalah. 

Itupun, kalau anda memang dah pakar dalam bab-bab menghasilkan iklan yang mampu untuk menjual. 

Jika, nak buat iklan yang boleh menjual pun anda masih lagi tak mampu, maka, anda tak ada pilihan lain. 

Nak tak nak, anda wajib tahu macam mana nak dapatkan kos iklan yang murah.

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...