Selasa, 29 Julai 2014

Gagal Buat Duit Online?

Gagal buat duit online... itu lumrah.

Tak kiralah sama ada, anda orang baru atau mereka yang dah berpengalaman.

Jangan ingat orang baru confirm gagal, manakala orang lama gerenti boleh buat duit online. 

Oh... ia tak semudah itu. Jika tidak, anda pasti dapat lihat, mereka yang dah lama berkecimpung dalam bidang buat duit online, sama ada menerusi program buat duit dengan affiliate atau lain-lain method pasti dah kaya raya. 

Apa tak nya... lagi lama mereka berkecimpung dalam bidang ini, dah pastilah lagi banyak duit mereka mampu hasilkan? 

Itu semua tanggapan yang kurang tepat. 

Namun, lagi lama anda berada dalam bidang ini, anda akan dapati, segalanya akan jadi lagi mudah. 

Pengalaman memantangkan anda untuk mengetahui mana satu teknik yang berkesan dan mana satu yang tak berfungsi. 

Sedikit sebanyak, anda juga akan jadi lebih terbuka terhadap peluang-peluang baru yang mungkin anda akan temui di masa akan datang. 

Sebenarnya... kegagalan itu adalah salah satu proses yang perlu anda lalui untuk capai kejayaan. 

Mana ada orang yang berjaya, yang tak pernah melalui fasa kegagalan. 

Malahan, lagi berjaya seseorang itu, lagi banyak kegagalan yang pernah dia lalui.  

Jangan takut gagal, sebabnya setiap kali anda gagal, anda sebenarnya boleh bangkit semula dan capai kejayaan yang lebih manis. 

Takutlah apabila anda gagal sekali, terus tak mampu nak bangun-bangun lagi. 

Things that doesn't kill you will make you stronger

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...