Ahad, 27 Julai 2014

Hati-hati Dengan Individu Yang Menggelarkan Diri Sebagai PAKAR

Itu je yang mampu saya nasihatkan. 

Hati-hatilah... 

Kat dunia online ini, ada terlalu banyak ikan jerung. Yang selalu lapar, dan tak akan teragak-agak nak membaham anda. 

Lebih-lebih lagi, jika anda sekadar ikan bilis. 

Ini cerita dia... 

Sepanjang bulan Ramadhan 2014/ 1435H ini, dah macam-macam kes penipuan yang saya terbaca di internet. 

Laman FB meniupkan berita-berita tersebut dengan pantas. 

Terkadang tu, saya sendiri rasa pelik, Hek eleh... macam ni pun boleh tertipu?

Hati-hati ya. 

Scammer ini, mereka tak malu dan tak teragak-agak nak gelarkan diri sebagai pakar. 

Pakar itu, pakar ini. 

Pakar pemasaran la kononnya. Pakar perniagaan internet la. Silap-silap autoresponder pun tak tau apa benda. Kalau tanya pasal teknik SEO atau search engine marketing pun dia tak tau. 

Tapi dengan selamba je dia nak gelarkan diri dia sebagai pakar. 

Memang tak tau malu. 

Siapa yang nobatkan status PAKAR? 

Soalan ini, saya sendiri tak ada jawapannya. Sekarang ini, dengan bermodalkan RM30++, beli domain dari syarikat penyedia domain, dengan nama pakar sekian sekian, dia dah jadi pakar? 

Bull Shit.

Tak sebegitu mudah untuk jadi pakar. Malahan, individu ini memang tak layak nak guna title pakar tu, walaupun sekadar untuk nama domain. 

Sebab itu, sekarang ini, saya mula berjaga-jaga. 

Kalau ditakdirkan saya terjumpa, mana-mana laman web yang menggunakan perkataan pakar, saya akan mula pangkah laman web tu. 

Melainkan, saya memang kenal pemilik laman web tersebut. Kalau pemilik laman web tu pun saya tak kenal, tok sah berangan la nak pakai title pakar. 

Lebih-lebih lagi, dalam bidang pemasaran dan perniagaan internet ni. 

Saya cukup benci, bila ada orang cuba buat kotor dalam bidang ni.. 

Apa salahnya, berniaga cara baik... macam pemilik laman web keris jutawan ni. 

Kalau servis, produk, atau tawaran anda bagus, dan berguna, pasti orang akan sokong. Jika tidak, tak perlulah sampai nak gunakan nama-nama yang GAH semata-mata nak buatkan prospek anda salah anggap dan dapatkan kepercayaan segera. 

Kotor sungguh teknik pakar macam kamu itu...    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...