Rabu, 16 Julai 2014

Hati-hati dengan Parasit Pemasaran Online

Parasit pemasaran...

Jika anda cukup lama dalam kerja-kerja pemasaran online, saya pasti, anda pasti dapat jumpa juga karekter manusia seperti ini. 

Mereka ni tanpa segan silu, mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain. Orang lain bersusah payah buat marketing, mereka ni dengan senang lenang menumpang. 

Contoh 1

Pemasaran di FB Group

Baca juga: Strategi pemasaran FB Group pilihan saya 

Orang lain bersusah payah nak kumpulkan seramai mungkin ahli-ahli group dalam satu group, kemudian boleh pulak ada satu malaun ni menyibuk nak join group tu jugak. 

Bila dah join, dengan muka tak tau malunya, dia pergi buat kotor kat group orang lain. 

Tanpa mintak izin, laju je dia tinggalkan status update yang mengiklankan produk atau servis dia. 

Macam haram perangai dia.

Konon-konon orang lain buat bisnes, dia pun sibuk nak buat bisnes. Tapi cara yang dia buat completely salah sama sekali. 

Kot ya pun nak berbisnes, nak buat duit online, tak perlulah sampai nak ambik kesempatan atas kesusahan orang lain. 

Ini namanya parasit pemasaran. 

Harap-harap golongan macam ni cepat-cepat sedar diri sebelum kena bash dengan pesticide. 

Contoh 2 

Iklan berbayar FBAds 

Baca juga: Wajib tahu teknik dapatkan iklan FBAds murah ni

Ini paling menyakitkan hati. 

Kita buat iklan, kena bayar mahal-mahal... tiba-tiba ada si mangkuk hayun ni, tinggalkan komen dan iklankan bisnes dia pulak. 

Kita dah la kena bayar mahal untuk capai audience yang baik, tapi si penumpang ni dengan tanpa ada rasa malu, senang-senang je tumpang iklan kita.

Kadang-kadang golongan parasit ni bukannya mereka tak tau yang mereka ni buat kerja-kerja yang salah, tetapi... mereka sengaja. 

Tak nak berubah pulak tu. 

Masih lagi tetap dengan perangai yang sama. 

Mungkin sebab dah biasa sangat makan benda-benda haram, sebab dia tak kisah sangat. 

Kan macam haram tu perangai dia... 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...