Itulah salah satu kelebihan yang dikurniakan kepada kita.
Saya tak terkecuali. Sekarang ni, pada waktu saya menulis entri ini, saya ada pilihan untuk tengok tv. Layan HBO.
Tapi saya memilih untuk menulis dalam blog ini. Siapa tahu, ada rezeki, Allah izinkan untuk saya berupaya untuk dapat sales at least RM9 - RM20.
Baca juga: Belajar seni psiko pelanggan anda serendah RM9 sahaja
Siapa yang tahu.
Peranan kita sebagai hambaNya hanyalah untuk berusaha. Sama ada akan dapat hasil atau tidak, itu kita pulangkan kepada yang Maha Esa.
Dia lebih tahu, sama ada kita ni benar-benar bersedia nak dapatkannya atau tidak.
Cakap mengenai pilihan, sebenarnya ada banyak sangat benda yang kita boleh pilih, malahan kita diberikan kebebasan untuk memilih.
Antaranya
Kita bebas untuk berkawan dengan siapa, kita bebas nak bekerja dimana, kita bebas nak cari berapa banyak duit yang kita mahukan, kita bebas nak tinggal di mana...
Ah... banyak lagilah kebebasan yang kita nikmati.
Cuma yang jadi masalah ini ialah, kita tak berapa pandai nak buat keputusan. Selalunya yang berlaku keputusan yang kita buat sekarang ini, akan menjerat semula diri kita.
Kita pilih untuk bekerja kat tempat yang ada kelas... sudahnya kita terpaksa tinggal di kawasan perumahan elit yang menelan belanja yang besar.
Duit gaji kita... habis untuk rumah semata-mata.
Kenapalah, kita ni mudah sangat buat keputusan yang kurang tepat ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan