Ahad, 20 Julai 2014

Iklan Nuffnang Kembali dan web buat duit automatik

Sebelum ini, mungkin beberapa tahun yang lepas, memang saya pernah pasang iklan Nuffnang kat blog ini. 

Itu kisah lama. 

Kemudian, dek kerana trafik yang tak stabil dan macam haram, saya terpaksa keluarkan iklan tersebut. 

Teori saya... jika trafik blog tidak stabil, dan pada masa yang sama, masih lagi pasang iklan Nuffnang, ia akan mempengaruhi jenis iklan yang akan keluar pada blog. 

Kalau dulu, semua orang berebut-rebut nak dapatkan iklan jenis Buffered Earning. Iklan jenis ini macam hadiah. 

Apa taknya, kita sebagai penulis blog tak perlu buat apa-apa. Income akan berjalan sendiri. 

Kalau kebetulan, memang trafik sampai ribu-ribu sehari, duit masuk pun sedap wooo.... 

Tetapi, kalau blog kita trafik pun setakat berapa puluh je, then kita pasang iklan Nuffnang, ini secara tak langsung akan memberi gambaran, blog kita tu blog spam. 

Istilah dia ialah SPLOG. 

Seperti blogger tu tak serius nak menulis blog, dan dia hanya berminat nak buat duit dengan blog. So benda ini yang pihak advertiser tak suka. 

Hari ini, saya pasang balik iklan Nuffnang. 

Cuma kali ini saya gunakan akaun orang lain. Kalau ada earning, In Shaa Allah, anggap macam hadiah saguhati dari saya untuk dia. 

Ini juga salah satu cara nak jadikan website anda sebagai web automatik yang boleh hasilkan income even ketika anda sedang sibuk buat benda lain. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...