Saya garu kepala sejenak.
Err... tak dapat nak bayangkan, macam mana agaknya modus operandi dan kempen pemasaran yang bakal dijalankan nanti.
Kalau setakat nak beriklan, memang tak jadi masalah kalau nak guna FBAds.
Tetapi sekarang ini, kita bukan setakat nak iklankan skim insurans atau takaful kita guna FBAds, pada masa yang sama kita nak dapatkan prospek.
Lebih baik lagi, dah tentu kita mengharapkan untuk berlaku jualan.
Satu hari tu, saya terjumpa iklan macam yang kat atas ni.
Tak pasti, agen insurans mana punya iklan. Kebetulan ia melintas di newsfeed saya. Saya pun apa lagi, teruslah printscreen.
Jadi, apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, memang ada orang yang iklankan pelan insurans atau takaful guna FBAds.
Cuma dari segi keberkesanannya... itu susah nak cerita panjang-panjang.
Pandangan saya, untuk jual insurans ini, pembeli kita tak akan beli dengan sesuka hati dari sesiapa sahaja.
Perlu ada satu bond, atau ikatan yang kukuh antara klien dan agen.
Strategi jual insurans guna FBAds ini mungkin sesuai untuk tujuan cari prospek. Kalau nak terus dapat deal dengan prospek, itu mungkin susah sikit.
Oh ya, mungkin juga, iklan ini spesifik di sasarkan untuk mereka yang tinggal di area saya. Mungkin la...
Sebabnya, kalau iklan macam ni, dibuat membuta tuli, ia tak akan berkesan.
Lainlah, kalau anda ada gunakan teknik khas untuk dapatkan kos iklan FB yang murah. Jadi, tak ada masalah kalau nak beriklan lama-lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan