Selasa, 15 Julai 2014

Kalau Faham Konsep Marketing Benda Macam Ni Tak Akan Jadi

Buat marketing ni biasalah. Ada yang akan minat nak beli produk yang kita pasarkan, ada yang langsung tak minat walau apa pun yang kita ceritakan tentang kebaikkan dan kelebihan produk kita. 

Buat yang memang tak minat dan dah reject kira tu, tak ada masalah. Kita hormati keputusan dia.

Mungkin ada banyak sebab-sebab lain yang kita tak tau kenapa dia tak nak ambik apa yang kita tawarkan pada dia. 

Tak semestinya sebab produk. Boleh jadi individu tu sendiri yang ada masalah dari segi kewangan. 

Cumanya, bila kita ni memang betul-betul dah faham dalam bab-bab pemasaran ni, tak perlulah nak berkecil hati. 

Jalan terus. 

Kita masih lagi boleh berkawan macam biasa dan macam selalu. Tak perlu risau yang saya akan push push suruh ambik jugak walaupun saya dah tahu anda tak minat. 

Lepas ni kita boleh sembang-sembang hal-hal lain. 

Jangan risau sangat la ye :-) 

Saya personally juga sangat anti dengan jurujual yang suka memaksa-maksa ni. Kalau kita dah kata tak nak, tak nak la maksudnya. 

Tak semestinya sebab harga, ada sesetengah tu, dari segi produk tu sendiri kita dah tak minat. Design tak berkenan. Warna kurang menarik, fungsi yang tak diperlukan dan macam-macam lagi. 

Lagi menyakitkan hati, bila si jurujual ni cuba nak close sale jugak dengan menggunakan helah dan teknik yang dipelajari daripada buku-buku orang putih tentang jualan. 

Macam mana saya tahu?

La... saya ni pun jurujual jugak. 

Saya tahu la. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...