Tak faham betul.
Lepas saya pasang iklan Nuffnang kat blog ini, kemudian saya buat semakan kat bahagian "came from" untuk melihat dari mana sebenarnya asal usul pengunjung dan trafik blog ini...
Rupa-rupanya banyaknya dari US.
Bukan Ulu Selangor, tetapi United States of America.
Dah kenapa banyak datang dari US ni... depa nak cek ka saya buat blog pasal apa ke.
Sepanjang bacaan yang saya buat pasal Nuffnang ni, mereka hanya terima trafik yang kita bawa masuk yang berasal sama ada dari Malaysia, Singapore, Burnei atau Indonesia.
Ataupun negara-negara Asia Pasifik, yang merupakan salah satu negara yang merupakan negara liputan Nuffnang.
Kalau luar dari tu, walaupun dapat banyak klik sekalipun, ia tak akan dikira sebagai earning...
Kan agak rugi tu kan.
Itu lah yang perlu kita terima je, lebih-lebih lagi kalau kita cuma jadi publisher untuk mana-mana advertising network.
Sebab itulah saya lebih suka kalau buat sales menerusi laman blog. Selain untung dia lagi banyak, adakalanya saya rasa ia lebih sepadan dari segi ganjarannya dengan usaha yang kita lakukan.
Ok jika anda masih lagi belum dapatkan Panduan Jobdirumah, dipersilakan daftar kat sini ya.
So macam mana... adakah menyiarkan iklan nuffnang tak berbaloi langsung dan merupakan suatu yang merugikan?
Kita tengok dulu macam mana perkembangannya. Bagi masa dalam 4 - 5 bulan, dan pada masa yang sama, saya akan terus menulis dalam blog ini macam biasa.
Kalau still tak ada langsung pertambahan income, alamatnya memang nak kena remove je.
Kalau tetap ada income, walaupun hanya RM10, then, saya biarkan je la dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan