Jumaat, 18 Julai 2014

Mulakan hari baru dengan komisyen affiliate terbaru

Mulakan hari ini dengan sesuatu yang positif. 

Dapatkan semula kekuatan yang sebelum ini telah hilang ataupun yang sebelum ini tak wujud. 

Alhamdulillah, terasa seperti emel yang saya terima dari pihak Ashadee sebentar tadi benar-benar mengembalikan semangat saya untuk terus menulis blog. 

Komisyen affiliate dari Ashadee


Salah satu produk di Ashadee yang saya duk promosikan selama ini nampaknya benar-benar beri hasil dalam bentuk sales. 

Makanya, tak sia-sialah usaha promosi yang saya lakukan selama ini. 

Saya tak nafikan, adakalanya saya juga rasa ragu-ragu... sama ada... boleh ke aku dapat sales kalau promote produk ni? Boleh ke aku buat komisyen affiliate dengan hanya menjadi penulis blog

Jawapannya dah jadi makin jelas sekarang. 

Boleh. 

Boleh. 

... dan dah tentu boleh. Asalkan kita konsisten, istiqomah dan tak jemu-jemu menulis dan terus menulis. 

Saya tak pasti, mungkin, komisyen ini sebenarnya disumbangkan oleh artikel promosi yang saya siarkan dalam blog ni. 

Baca: Buat minisite menggunakan platform blogspot

Atau mungkin ia datang dari emel broadcast yang saya pernah hantar sebelum ini. 

Atau mungkin juga dari link affiliate yang saya sertakan dalam mana-mana ebook percuma yang saya pernah duk sebar-sebarkan sebelum ini. 

Apa pun, kehadiran komisyen affiliate ini memang benar-benar bermakna, dan berjaya mengembalikan semangat saya untuk terus melakukan kerja-kerja pemasaran online. 

Terasa seperti segala kesusahan dan kepayahan sebelum ini berbaloi. 

Baiklah, ini masanya untuk perbanyakkan lagi usaha. In Shaa Allah. 

Sedikit tips untuk anda. 

Cara saya tarik komisyen affiliate pun tidaklah sesukar mana. Saya gunakan konsep atau prinsip website automatik. Konsep website automatik ini sebenarnya ada diterangkan oleh Mr Gobala dalam webinar terbarunya. 

Baca: Web Automatik untuk sedut komisyen affiliate

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...