Ahad, 20 Julai 2014

Mungkin Saya Patut Lebih Fokus Pemasaran Di FB Group

Mungkin... saya perlu ubah serba sedikit kaedah dan teknik saya menulis blog. 

Mungkin... saya perlu ubah juga bahasa yang saya gunakan untuk menulis blog...

Atau mungkin... saya perlu ubah serba sedikit teknik dan strategi yang saya gunakan untuk buat duit dengan blog. 

Atau mungkin, saya patut kurangkan menulis blog, buat duit dengan blog, dan lebihkan beri fokus pada buat duit dengan FB Group

Ya

FB Group. Saya ada beberapa FB Group yang ahlinya sangat baik hati, supportive dan sangat sporting untuk membeli hampir apa sahaja yang saya jual atau promosikan.

Baca: Teknik POWER buat duit di FB Group 

At least, kalau tak dapat 10 jualan, dapat satu jualan pun dah cukup baik. Itu penangan pemasaran di FB Group. 

Hanya orang yang benar-benar faham teknik sahaja yang dapat menikmati dan dapat membayangkan apa yang saya sedang sampaikan. 

Teknik pemasaran di FB Group, bukanlah kaedah pemasaran dimana anda meninggalkan banyak-banyak status update di group yang berbeza. 

Itu teknik SPAM.

Anda buat macam tu, berapa banyak likes anda boleh dapat?

Berapa banyak komen anda boleh dapat? 

Sikit... betul kan? Kadang-kadang langsung tak ada. 

Ah... tapi anda tak peduli tu semua, betul tak. Sebab tu anda guna robot untuk buat kerja-kerja kotor anda tu. 

Ingat ye, setiap apa yang kita buat, walaupun hanya online, ada consequence dia. 

Jangan sampai anda menyesal kemudian hari, sebabnya anda menggunakan teknik dan cara yang salah pada hari ini.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...