Isnin, 28 Julai 2014

Patutlah Ramai Orang Hebat Suka Layan Anime

Sedikit demi sedikit... saya mula faham... kenapa orang-orang yang hebat, yang konsisten buat duit online, sama ada menerusi blogging atau affiliate marketing, gemar layan manga atau anime.

Tak kiralah sama ada manga One Piece, Bleach atau Naruto... 

Mungkin sebab, mesej positif yang dibawakan oleh komik-komik ini semua yang menjadi pemangkin... supaya kita tak mudah menyerah kalah. 

Watak-watak yang ditonjolkan dalam komik ini semua... 

Mempunyai satu persamaan yang jelas.

Mereka tak mudah menyerah kalah. Semangat yang mereka bawakan itu, sungguh tinggi. 

Umpama kita bangsa Melayu, pastinya akan lebih bersemangat apabila mula memahami kekuatan disebalik Keris. 

Keris bukan sebarang keris, keris ini keris jutawan.

Muat turun keris jutawan disini

Dalam mana-mana komik, Hero bukanlah orang yang paling kuat. 

Kalau hero itu kuat, ada ramai lagi penjahat yang lebih kuat daripada si hero itu tadi. Penjahat ini tanpa segan silu ingin menghancurkan niat murni si hero itu tadi! 

Namun, apa yang menjadi hero ini kuat... ialah semangat yang tak mudah luntur dan tak mudah menyerah kalah. 

Halangan nak berjaya tu pasti ada. 

Apa yang penting ialah, kita punya semangat untuk berjaya mesti lebih besar berbanding halangan yang muncul dan datang menimpa. 

Ah... aku pun boleh jadi hero dalam komik ciptaan aku sendiri :-)   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...