"Bro, apa pendapat ko kalau aku nak buat iklan berbayar kat FB? bagus tak?"
Hmm... kenapa sampai nak kena buat iklan berbayar? Dah habis ke cara percuma yang ko boleh gunakan, sampai nak kena bayar-bayar ni?
"Aku bukan apa bro, aku rasa cara percuma yang aku duk selalu amalkan ni macam slow sangat la. Hasil dia pun kurang mengancam. Respons yang aku dapat dari prospek macam tak berapa best. Macam ni lambat la aku nak kaya..."
Ada ke macam tu pulak. Aku bukan tak bagi, jauh sekali aku nak halang ko daripada guna cara yang ko rasa baik untuk ko. Tapi, aku rasa ko bukanlah orangnya untuk buat iklan-iklan berbayar ni.
"Maksud ko?"
Kalau iklan yang tak perlu bayar pun, ko kurang dapat respons yang menggalakkan, ko rasa kalau ko guna teknik pengiklanan berbayar ni, ko ada peluang ke nak buat lagi banyak income. Bukan apa kawan... aku lebih risau ko akan lebih banyak habis duit daripada berjaya buat duit nanti. Sebagai kawan ko, aku jugak nak kan yang terbaik untuk ko dan bisnes ko...
Baca juga: Bagaimana cara saya dapatkan kos iklan RM0.01 - RM0.06 per klik
Sama ada nak guna kaedah berbayar atau percuma sebenarnya ia terletak pada pilihan individu tu sendiri.
Kalau anda rasa anda ada duit, itu terpulang pada anda. Duit anda, hak anda. Pandai-pandai la anda nak uruskan.
Sama ada nak beri semua pada FB dan langsung tak dapat sebarang pulangan, atau anda akan ambil langkah yang lebih berhati-hati terlebih dahulu.
Mungkin... terfikir jugak di benak fikiran anda, anda mungkin patut lebih berhati-hati sebelum nak laburkan sebarang duit. Tak kiralah berapa besar atau berapa kecil jumlahnya.
Jika anda laburkan RM10 untuk tujuan iklan, anda perlu pastikan, at least, sebagai balasan, anda boleh dapat balik RM10.10
Untung sepuluh sen... hek eleh... itu lebih baik daripada anda langsung tak balik modal, ataupun rugi terus. Waktu tu, tak ada apa yang nak dibanggakan lagi dengan apa pun tak ada.
Iklan di FB ini, ia boleh jadi satu pelaburan, dan pada masa yang sama, ia juga berpotensi untuk jadi satu bentuk perbelanjaan yang langsung tak bagi sebarang pulangan mahupun sebarang benefit.
Sebab tu pentingnya, anda buat kerja dengan ilmu.
Oh ya, mungkin anda agak mentah dengan selok belok iklan di FBAds, sebab tu anda perlukan pendapat. Second opinion bak kata orang putih.
Ini yang dapat saya kongsikan dengan anda. Makin lama, kos pengiklanan di FB makin mahal.
Makin hari, makin banyak syarikat-syarikat besar, dengan bajet pengiklanan ribuan ringgit menggunakan platform Fb sebagai medium pengiklanan.
Ini bermakna iklan anda juga perlu bersaing dengan iklan-iklan mereka.
Jika anda tidak memiliki ilmu yang sepatutnya... alamatnya, anda bagi saja-saja duit kat FB.
Tapi kalau anda nak guna teknik pengilanan percuma, tak perlu risau anda habis duit.
Dengan teknik percuma, modalnya ialah masa anda.
Anda ada masa? Ada? Kalau ada, cantik, teknik percuma ini untuk anda.
Baca juga: Teknik pengiklanan percuma terbaik di FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan