Masih ramai lagi yang ambik endah tak endah pasal design dan rekaan sesebuah laman web.
Hinggalah akhirnya muncullah pelbagai rekaan laman web yang tahap super hodoh.
Sebenarnya, anda dah melakukan kesilapan yang besar. Bab-bab design memang PENTING.
Malahan, jika design laman web yang anda persembahkan kepada prospek anda, sangatlah hodoh dan buruk... minta maaf la ye.
Jangan terlalu berharap mereka akan tunggu lama-lama di laman web anda.
Saya sendiri, jika ada pilihan sama ada nak buka laman web yang hodoh, dan design yang berterabur, dibandingkan dengan laman web yang serba serbi kemas, dah tentu saya akan pilih laman web yang kemas.
Saya pernah tanya seorang designer tentang harga untuk setup laman web minisite.
Kebetulan waktu tu, saya ada projek yang nak dijalankan.
Daripada survey yang saya buat, upahnya adalah sekitar RM400 - RM500
Memandangkan kami kenal, jadi dia tawarkan satu harga yang lebih murah. RM300 sahaja.
Murah kan?
Memang lah murah. Itu untuk satu projek.
Kalau ada dua tiga projek macam mana?
Kalau ada 5 projek nak jalankan? RM300 x 5 = RM1, 500
Ah... pengsan nak cari modal macam tu.
Memang tak banyak, tapi sakit jugak nak keluarkan sekali banyak macam tu. Itu baru kos design semata-mata.
Belum cerita bab nama domain.
Sewa hosting lagi.
Maka sebab itu, ramai yang memilih untuk guna je laman web percuma dari blogspot untuk bina minisite yang cantik dan elegan.
Anda boleh lihat sendiri, hasil kerja menggunakan template khas blogspot untuk bina minisite profesional.
Klik: Muat turun Template Minisite blogspot
Memang nampak PRO, setuju?
Kalau dapat buat minisite serupa macam tu, tak perlu risau pelanggan lari. Besar kemungkinan, pelanggan akan stay untuk satu tempoh masa yang lama untuk baca sesebuah laman web minisite tu.
Jadi tak adalah sia-sia usaha pemasaran yang anda lakukan kalau macam tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan