Ahad, 27 Julai 2014

Rokok SAH rokok tidak SAH? Keliru lahh...

Sebenarnya rokok telah difatwakan sebagai haram. 

Boleh rujuk fatwa berikut 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
 
Sudah terang dan jelas. 
 
Tak ada pulak dinyatakan, rokok SAH atau rokok tidak SAH. 
 
Semuanya sekadar isu penggunaan bahasa. SAH dan tidak SAH, apa yang saya faham, lebih kepada merujuk kepada perundangan negara. 
 
Rokok SAH - ikut spesifikasi yang dimahukan dan yang ditetapkan oleh undang-undang negara. 
 
Rokok tak SAH - Rokok yang tak ikut peraturan. 
 
Kalau anda baca laman web ini, Tahukah anda rokok kretek seperti gudang garam adalah tidak sah, ada macam-macam penulisan dimuatkan dalam tu.
 
Semuanya, bagi membuktikan, betapa tak sahnya rokok tersebut. 
 
Kalau dari sudut pandang, bukan perokok, ah... semua rokok sama sahaja, dan ia tak sepatutnya wujud atas muka bumi ini. 
 
Kan bagus, kalau rokok tak pernah dicipta.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...