Sebagai seorang internet marketer dan pengamal kaedah pemasaran online menggunakan pelbagai platform, saya juga anti dengan aktiviti spam.
Maksudnya... saya tak guna teknik teknik spam.
Dan saya mengharapkan orang lain juga jangan nak guna teknik SPAM.
Kalau degil sangat nak guna teknik SPAM, tolong pergi jauh-jauh. Jangan duk nak sibuk-sibuk nak spam mana-mana platform yang saya bina.
Kebanyakkan platform yang saya bina, saya bina dari kosong.
Blog umpamanya.
Saya bermula dengan nama domain dan hosting sahaja. Kemudian saya masukkan dengan artikel yang kebanyakkannya adalah artikel-artikel yang saya karang sendiri, kemudian saya siarkan dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Tiba-tiba sampai satu masa, datang pula hamba Allah yang entah dari mana asal usulnya, sedap-sedap hati dan dengan seronok-seronok dia nak beriklan. Iklan sesuka hati.
Itu dipanggil spam la.
Spam ni boleh berlaku kat mana-mana.
Sama ada di blog. Di FB Fanpage kita. Di FB Group. Malahan kat wall personal profile pun boleh dijadikan sasaran untuk tujuan SPAM.
Memang kurang ajar sikit spammer ni.
Tak ada hati perut.
Entah lah... sejak akhir-akhir ni saya memang agak sensitif dengan isu-isu spamming ni.
Lebih-lebih lagi, bila saya dah ajar teknik pemasaran yang betul, tapi orang tetap nak kembali kepada keadaan sebelum ini. Masih lagi tetap nak buat spamming.
Kurang ajar betul la kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan