Jika jawapan anda adalah
YA
Tahniah saya ucapkan.
Saya difahamkan, pada asalnya, posisi Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini tidak termasuk dalam takwim SPA.
Mereka yang layak untuk menduduki peperiksaan ini dipanggil menerusi SMS.
Jadi, maklumat yang saya ada ini mungkin berguna untuk membantu anda mendapatkan jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini.
Muat turun contoh soalan disini.
Sila rahsiakan laman web tersebut
Baiklah, jika anda mencari maklumat tambahan mengenai peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ini, sila teruskan pembacaan...
Syarat Lantikan:
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [
Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji
Permulaan: RM1,367.00 ]
iii. Diploma dalam bidang pentadbiran
awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji
Permulaan: RM1,667.08 ]
iv. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam
perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa
Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari fifty four tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas :
i. Menyediakan laporan-laporan harga
serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling
Jabatan, surat-surat jaminan bank.
ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
iii. Mengawal pergerakan barang-barang
kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian
dari perlesenan cukai jualan.
iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
vi. menyelenggara penyata-penyata
bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran
cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman
yang lain.
Peperiksaan ini akan dijalankan secara online sahaja.
Namun, jangan anggap ianya mudah. Sebagai langkah persediaan, apa kata anda muat turun terlebih dahulu set soalan contoh dan juga panduan untuk menjawab soalan-soalan exam tersebut.
Saya doakan semoga anda berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan