Sabtu, 19 Julai 2014

Statistik Klik Affiliate Yang Jarang Orang Ambil Peduli

Untuk mereka-mereka yang memang rajin buat duit dengan program affiliate, saya yakin, anda mungkin kurang perhatikan statistik klik yang anda boleh baca secara percuma di ruangan member. 

Betul tak? 

Kalau ada log in ke member area pun setakat nak tengok, berapa klik yang diterima... 

Berapa banyak sales yang pending? 

Berapa banyak komisyen yang berstatus pending, verified dan sebagainya. 

Walhal, sebenarnya maklumat yang tersedia diruangan statistik klik tak kurang pentingnya. 

Contohnya kalau anda menggunakan kaedah pemasaran artikel seperti blog dan sebagainya, dengan merujuk kepada ruangan statistik tersebut, anda akan dapat mengetahui artikel yang mana satu yang biasa menyumbangkan klik pada link affiliate anda. 


Kat atas ini adalah salah satu contoh statistik yang saya boleh kongsikan dengan anda untuk salah satu produk yang saya duk promosikan, iaitu Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

Khusus untuk tarikh 17 Julai 2014, satu klik terhasil daripada artikel yang saya tulis di blog saya yang berjudul review panduan dominasi fb group

Sebenarnya statistik ini merekodkan bukan hanya sehari, malahan hampir setiap hari ada klik. 

Ada yang datang dari google. Ini kesan daripada teknik SEO yang mana pelawat terus menjumpai laman jualan tanpa melalui blog, fb atau emel yang saya broadcast.

Ada juga yang datang dari sumber trafik yang saya sendiri tak pasti dari mana entah asal usulnya.

Dengan cara ini, bila kita dah tahu, artikel yang bagaimana yang menyumbangkan klik pada tawaran asal produk, maka dari situ kita boleh perbanyakkan lagi jenis artikel yang seumpama dengannya. 

Itulah tujuan asalnya. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...