Hari raya...
Setengah orang sedang sibuk beraya mengunjungi sanak saudara.
Setengah orang lagi, tak dapat cuti dan terpaksa bekerja macam biasa. Begitu juga orang-orang yang berniaga.
Mungkin ada antara mereka yang... Business as usual.
Buat yang tak dapat nak cuti tu... sabar je la. Utamakan yang lebih utama. Kalau kerja itu adalah prioriti anda, maka buatlah kerja-kerja tu dengan penuh ikhlas.
Tak cuti tak apa, malam hari nanti boleh mula keluar beraya.
Sebenarnya, hari raya pertama ini... ramai jugak yang tak bercuti. Kalau anda tak dapat cuti, trust me, bukan anda seorang je yang tak cuti.
Masih ramai lagi anggota pasukan keselamatan negara yang tak bercuti.
Masih ramai lagi staf sokongan syarikat utiliti yang tak dapat bercuti.
Masih ramai lagi Deejay, selebriti tv dan sebagainya yang tak bercuti.
Apa yang penting ialah, anda gembira.
Anda gembira dengan apa yang anda buat.
Apalah gunanya anda buat sesuatu yang tak menggembirakan malahan menyeksakan diri anda sendiri.
Kan lagi baik berhenti, dan buat kerja lain.
Buat tone excel misalnya... itupun salah satu pekerjaan juga.
Tak cuti time raya? Tak ada masalah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan