Saya tahu ramai yang nak cari duit lebih.
Ramai yang dah mula rasa, pendapatan sedia ada, tak mampu nak menampung kos perbelanjaan yang perlu ditanggung sekarang.
Sebenarnya... bukan tak mampu langsung nak tampung, mampu. Cuma, nak hidup senang, dan selesa, mungkin masih lagi belum mencukupi.
Kita ditekan dari kiri dan kanan.
Bank, institusi perbankan.
Bil-bil, internet, dan lain-lain lagi.
Sana sini memerlukan duit. Banyak sangat perkara yang mengempiskan poket anda.
Anda nak tambah duit, dan pada masa yang sama, anda tak mahu keluar modal langsung.
Agak sukar permintaan sedemikian, namun ia bukan mustahil.
Apa yang mustahil ialah, anda nak tambah duit, nak tingkatkan ekonomi keluarga, namun anda tak mahu usaha.
Itu melampau.
Macam mana nak tingkatkan pendapatan tanpa perlu keluarkan walau sesen modal pun?
Salah satu daripada idea yang saya pernah catatkan dalam entri berikut, mungkin berguna untuk anda.
Klik: Bagaimana cara jana pendapatan tanpa modal pada tahun 2014
Saya, masih lagi suka luangkan masa untuk bekerja dari rumah dan juga sertai program affiliate.
Program affiliate ini, kalau betul cara promosi yang kita buat, setakat nak dapat 2 - 3 sales dalam sehari bukan suatu yang mustahil.
Semua ini tanpa modal.
Bukannya tanpa usaha.
Anda jangan salah faham, tanpa modal dengan tanpa usaha tu, dua perkara yang berbeza tau.
sambil-sambil tengok tv pun boleh buat affiliate..
BalasPadam