Sabtu, 19 Julai 2014

Teknik SEO Skil Wajib Untuk Blogger Yang Nak Buat Duit Online

Ok dah makin jelas sekarang ni. 

Kiranya trafik blog ini pun ada kalanya akan naik, dan ada ketikanya akan turun juga. 

Ia dipengaruhi oleh kekuatan SEO yang saya duk amalkan dalam blog ni. Kalau kena dengan strateginya, maka trafik akan tinggi sepanjang masa, jika tak kena dengan strateginya... alamatnya... trafik akan kekal macam tu je.

Menulis blog... 

Kalau menulis saja-saja tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh google, kesan SEO pada blog tak akan kelihatan. 

Pada waktu tu, anda mungkin terpaksa berusaha lebih lagi berbanding penulis-penulis blog lain yang memang celik dan arif dalam bab-bab SEO.

Baca juga: Teknik SEO skil wajib penulis blog 

Selalu saya kata pada kawan-kawan internet marketer yang lain, SEO ini tak susah mana. 

Ianya common sense. 

... dan sebenarnya, anda perlu lihat ia dari dua sudut pandang yang berbeza. 

Pertama, dari sudut pandang pengguna laman web enjin carian seperti google. 

Ya, jika anda ingin cari maklumat tertentu, bagaimana dan kata kunci apa yang anda akan taip di google? 

Itu yang pertama. 

Kedua adalah dari sudut pandang laman web google itu sendiri. 

Bagaimana Google akan susun hasil carian untuk kata kunci yang dicari oleh pelayar internet dalam satu skrin. Kita nak tahu, susunan apa yang google akan gunakan. 

Ini rumit. Sebabnya, kita tahu, Google menggunakan algorithm khas yang hanya google sahaja yang tahu. 

Lagi kurang ajar ialah, apabila kita hampir faham, bagaimana laman google bekerja, maka pada waktu itulah mereka akan mula ubah segala-galanya. 

Tapi ini tak bermakna teknik SEO tak berfungsi bagi tujuan menarik trafik yang ramai masuk ke dalam blog kita. 

Teknik SEO masih lagi one of the best technique sama ada bagi tujuan tarik trafik, ataupun untuk tujuan mendapatkan sales affiliate. 

... sebab tu, walaupun sekarang ni, kaedah pemasaran di FB lebih banyak diperkatakan, saya tetap masih lagi stay dengan pemasaran menggunakan teknik SEO

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...