Jumaat, 18 Julai 2014

Tips Tarik Trafik ke blog dan tips blogging

Seingat saya, satu masa dulu ada banyak sangat laman blog yang menyiarkan tips-tips blogging yang sangat mengancam. Kiranya, kalau kita baca pun rasa tak jemu. 

Rasa macam ada je benda baru yang kita tak tau dikupaskan dan dimuatkan dalam blog-blog mereka. 

Almaklumlah, penulisan tu pun ditulis base on true story. Mungkin hasil daripada kajian kes yang benar-benar berlaku pada blog sendiri. 

Sebab tu sangat terkesan dihati bila dibaca. 

Tapi sekarang... nampaknya banyak yang dah hilang. Macam dah makin berkurang pulak individu yang suka berkongsi cerita dan tips berblogging ni. 

Saya ingat saya seorang je yang dah kehilangan artikel-artikel tips dan teknik seperti tu, rupanya ada ramai lagi. 

Plan memang nak tulis semula tips-tips blogging yang sebelum ini memang dah pernah saya siarkan sebelum ini, namun asyik sibuk dengan urusan lain. 

Antara yang dah pernah saya siarkan, ini dia. 

Klik: Teknik tarik trafik yang ramai ke laman blog 

Ini antara tips blogging terdahulu yang sempat saya selamatkan dan yang sempat saya tulis semula. 

Ah... baru sekarang saya betul-betul nampak... betapa pentingnya back up semua blogpost yang kita pernah buat. Walaupun, kelihatannya artikel yang kita cuba buat tu nampak macam bodoh-bodoh je. 

At least kalau sebelum ini saya ada buat back up, tak ada lah saya perlu nak  susah payah nak mula dari bawah semula. 

Memang cabaran betul...



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...