Ahad, 27 Julai 2014

Topik Sensitif Semasa Berbual Di Hari Raya

Saya tulis post ini, sebabnya saya nampak, ramai orang yang tak cukup sensitif. 

Suka cakap pakai lepas, dan bertanya tak guna akal. Dia tak tahu, setiap soalan, mempunyai kesan tertentu. 

Setahun hanya sekali kita jumpa sanak saudara, janganlah keruhkan dengan bertanya itu ini dengan soalan-soalan yang tak munasabah dan menyakitkan hati. 

Ini secara tak langsung menyebabkan generasi muda sekarang, tak berapa gemar keluar beraya. 

Ah... buat apa pergi beraya. Jumpa Mak Ngah? Tak mau lah... Mulut longkang, buat sakit hati je kalau jumpa

Ha... nampak tak? Itu yang biasa berlaku.

Persoalannya, topik apa yang dikira sensitif, yang langsung tak sesuai dibualkan semasa hari raya?

1. Isu Politik 

BN parti bermasalah. 

PR parti bermasalah. 

Parti bebas parti bermasalah. 

Setiap parti ADA MASALAH MASING-MASING dan KELEMAHAN masing-masing. 

Setiap orang, kalau bercakap bab politik, asyik menyerang kelemahan parti politik sokongan masing-masing... sampai bila pun tak akan habis. 

Tak perlu nak berbalah. Setakat bual-bual kosong... tak akan mampu mengubah masa depan dan haluan politik negara. 

Ia hanya akan buatkan orang lain panas telinga, sebab tu lebih baik diam, dan pilih topik lain. Ataupun diam terus, itu lebih molek. 

2. Pandangan Agama

Menegur dengan cara hikmah. 

Bukan main tegur atau tak pasal-pasal tiba-tiba nak berceloteh bab agama.

Isu agama, tak sesuai untuk dijadikan topik bual-bual kosong. Tunggu masa lain, kalau semangat sangat nak bercerita. 

3. Kejayaan anak-anak 

Lain budak, lain minatnya. 

Ada budak cuma power kat akademik, tapi perwatakan lembut macam perempuan. 

Ada budak memang very athletic, asyik-asyik jadi wakil sekolah. 

So masing-masing ada kelebihan, tak perlu nak banding-bandingkan. 

4. Pekerjaan 

Lanjutan topik kejayaan anak-anak... Latar belakang pendidikan kita, akan beri pengaruh pada pekerjaan kita. 

Kalau kita tak pernah ambik Medic, tak perlu rendah diri dengan saudara yang dah jadi doktor. 

Patutnya, bila kita tau dia doktor, kita pergunakan dia. Mintak dia bagi rawatan murah atau percuma. Apa guna bersaudara, kalau dengan sesama saudara pun nak caj mahal?

Jujurnya, saya berpandangan, tak perlu nak bangga sangat dengan pekerjaan anda sekarang. 

IA BUKAN SESUATU YANG KEKAL

Anything can happen, dan selagi anda adalah KULI, selagi tu, bila-bila masa anda boleh dibuang kerja, ditukarkan tempat kerja, atau tak mampu lagi nak bekerja. 

5. Status perkahwinan

Soal jodoh, itu rahsia tuhan. 

Jangan banyak sangat tanya, sebab yang empunya diri pun tak tau dan tak ada jawapannya. 

Bijak sikit sebelum nak bertanya.

Baca juga: Strategi kahwin kaya

6. Bisnes MLM 

Jangan... jangan... jangan...

Jangan serang saudara mara anda dengan peluang bisnes MLM ini.

Walaupun dari skop businessman, inilah waktu yang paling tepat sekali, sebab semua orang berkumpul bersama, TETAPI... 

Orang tak selesa. 

Walaupun, saya sendiri nak sangat cerita tentang Bisnes Tone Excel, namun kena lihat pada tempat dan ketika. 

Orang datang beraya sebab nak jumpa kita. 

Nak tanya khabar. 

Nak sambung silaturrahim.

Nak bermaaf-maafan. 

Bukan nak dengar topik-topik sensitif dihari raya ni.

Jadi... tolong ye. Jangan mulakan perbualan dengan isi dan topik sensitif ni ye.   

   

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...