Dalam artikel sebelum ini, saya ada tulis salah satu sasaran yang saya nak capai, iaitu untuk hasilkan pendapatan USD65,000 dalam masa setahun menerusi laman web automatik.
Laman web automatik ini, (atau dikenali juga dengan istilah automate website) sebenarnya adalah laman web biasa.
Ia boleh dibina menggunakan platform wordpress self hosted.
Boleh juga dibina menggunakan platform percuma blogspot sama macam yang saya sedang guna sekarang ini.
Apa yang buatkan automated website ini istimewa ialah, tujuan ia dibina adalah 100% untuk tujuan buat duit online secara automatik walaupun pada waktu itu anda tak online pun.
Mungkin waktu tu anda sedang bersiar-siar makan angin kat Hawaii.
Atau mungkin waktu itu anda sedang enak tidur dan dibuai mimpi indah.
... dan ya, mungkin ketika itu anda sedang khusyuk melakukan ibadah.
Web automatik ini, akan bekerja untuk anda tanpa perlu anda arahkan ia untuk buat itu ini. Pandai la dia nak buat kerja dia sendiri.
Tadi saya ada dapat komen dari Bro Azlan, katanya USD65k tu banyak sangat.
Saya pun check menggunakan currency converter...
Mak aih... betul lah kata dia.
Memang banyak sangat pun.
Jumlahnya hampir-hampir mencecah RM208,000
Fuh
Anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang automated website ni?
Sila ke sini : Belajar buat web automatik yang menghasilkan income USD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan