Jumaat, 15 Ogos 2014

Dua Perkara Berkaitan Exam Penolong Penguasa Kastam

Hari ni dah pun masuk 15 haribulan Ogos 2014. 

Ada dua perkara yang dah berlalu. Pertama, peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 pada 5 Ogos 2014 yang lepas. 

Saya bukan salah seorang calon yang menduduki peperiksan tu. Tapi saya faham, bila nak exam ni, ramai yang susah hati. 

Bila kita tak tau apa topik dan apa subjek yang nak distudykan, kita jadi runsing. Bila kita asyik study je pun sama jugak, hati jadi tak keruan. Macam mana kalau apa yang kita study kan tu tak sama, dan tak masuk pun dalam exam? 

Pening-pening. 

Dengar-dengarnya, masa exam yang kali pertama tu, ramai juga yang mengeluh sebab masalah sistem. 

Sebab tu tak lama lepas tu, pihak SPA maklumkan bahawa peperiksaan kali kedua bakal diadakan pada 13 Ogos 2014. 

Rujuk: Peluang kedua menduduki peperiksaan online penolong penguasa kastam gred W27

Untuk peperiksaan yang kali kedua ni pun dah habis. Tamat sudah.

Untuk peperiksaan kali ini, saya pun tak tau apa kisahnya. Entah apa ceritanya. 

Yang pasti, kedua-duanya dah tamat. Sama ada banyak atau tidak calon yang layak untuk ke peringkat seterusnya... itu tak pastilah. 

Saya tak ada maklumat tu :-) 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...