Sabtu, 2 Ogos 2014

SPA kenal pasti penipuan soalan peperiksaan jawatan kastam

Kat bawah ini adalah sumber berita yang disiarkan di akhbar online Utusan. 

Mari kita lihat kandungannya

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, pihaknya telah mengenal pasti terdapatnya penipuan mengenai soalan bagi peperiksaan jawatan penolong penguasa kastam Gred W27 yang akan diadakan pada Selasa ini.

Beliau berkata pihaknya mengesan penipuan melalui e-mel timkerjakerajaan@gmail.com yang mendedahkan contoh soalan untuk peperiksaan tersebut pada pukul 10 pagi semalam.

"Untuk makluman, SPA tidak pernah memaklumkan mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. SPA menjalankan urusan mengikut prosedur yang ditetapkan dan setiap soalan yang bakal diduduki oleh calon adalah 'Rahsia' sehingga pada tarikh dan yang masa yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahmood berkata, segala pengurusan dan penyediaan soalan diambil dari bank data soalan SPA yang mengikut standard dan kualiti sepertimana yang ditetapkan dalam MS ISO 9001:2008.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan tersebut, dan membuat urusan permohonan perjawatan atau peperiksaan dengan SPA secara terus," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi SPA di talian 03-88856000 atau 03-88856028 atau 03-88856315 atau melayari laman web SPA di www.spa.gov.my. - BERNAMA



Apa yang sebenarnya ialah, tiada sebarang soalan bocor, soalan ramalan, mahupun soalan-soalan lepas untuk exam kali ini. 

Namun, jika anda mencari panduan yang boleh anda gunakan sebagai rujukan bagi membantu anda menjawab soalan peperiksaan, maka anda boleh muat turun di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...