Selasa, 23 September 2014

BIJAK ke kalau hanya harapkan income dari PPC?

Kalau nak harapkan income daripada program pengiklanan macam Nuffnang, memang SILAP BESAR.

Alamatnya memang hampir mustahil nak merasa hasil pendapatan daripada kerja-kerja pemasaran online. 

Sebab itu, sebagai blogger, nak atau tak nak mesti kena pelbagaikan jugak sumber pendapatan. 

Saya sentuh sikit potensi pendapatan daripada program pengiklanan pay per click atau lebih dikenali dengan istilah PPC. 

Earning dikira berdasarkan kepada berapa banyak klik yang diterima pada iklan yang disiarkan. Lagi banyak klik pada iklan, maka akan jadi lagi banyaklah potensi pendapatan. 

Setiap klik nilainya bukannya besar sangat pun. 

Ada yang sepuluh sen, lima belas sen, dua puluh lima sen ataupun jumlah lain yang lebih kurang dalam lingkungan yang sama.

TRIVIA: Berapa jumlah klik yang diperlukan untuk anda dapat income RM2,000 minimum dengan andaian satu klik bernilai lima belas sen?

Kita bahagikan, RM2,000 / RM0.15 = 13,333.33

Ok kita genapkan ia jadi 13,334 klik. Itu jumlah klik yang perlu kita kumpulkan dalam masa sebulan kalau serius nak buat duit dengan program pengiklanan pay per click. 

Maknanya, kita memang perlukan jumlah trafik yang besar, dan setiap trafik yang masuk tu juga mestilah menekan klik pada iklan-iklan yang disiarkan dalam laman web kita. 

Senang ke? 

Hmmm... ia akan jadi senang kalau laman web tu memang ada ramai pengunjung. TETAPI... jika jumlah pengunjung sesebuah laman web setakat 200 - 500 visit sahaja dalam sehari, maka ia akan jadi sangat susah nak buat duit dengan program pengiklanan PPC. 

Atas sebab yang sama ini juga, saya tidak lagi bergantung harap sepenuhnya pada kaedah penjanaan pendapatan seperti ini. 

Kini saya lebih selesa buat duit dengan program affiliate dan juga menawarkan servis penulisan artikel menerusi platform Advertorial.MY

Sambil-sambil tu, income daripada program PPC masih lagi berjalan. Cuma saya buat dia sebagai sambil-sambil je.

Ada banyak Alhamdulilah, maka banyaklah yang dapat saya manfaatkan. Kalau cuma ada sikit, tak apa redha. 

Boleh jadi sampai takat itu sahaja rezeki saya. 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...