Rabu, 3 September 2014

Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 - Dah bersedia?

Kalau dalam artikel-artikel yang lepas, saya ada banyak bercerita mengenai Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam, namun dalam artikel kali ini, apa yang saya nak ceritakan adalah mengenai peperiksaan terbaru yang bakal diadakan iaitu peperiksaan online penguasa kastam Gred W41.

Untuk peperiksaan kali ini, semua calon kena bersiap sedia, dengan sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi. 

Kalau dalam sesi peperiksaan yang lepas, kecoh... memang kecoh...

Sebabnya pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri perlu mengeluarkan kenyataan mengenai suatu aktiviti yang dipercayai penipuan terancang. 

Sama ada betul atau tidak? 

Kita biarkan pihak yang berkaitan untuk menyiasat.. 

Namun, untuk meletakkan label penipu kepada Tim Info Kerjaya, itu merupakan tuduhan yang berat dan tak berasas.

06 September 2014 ini bakal teruji, calon-calon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan online tersebut. 

Memandangkan peperiksaan ini dijalankan hanya secara online, dan ia boleh diambil tak kira walau dimana lokasi calon berada, bermakna... 

Tak salah lagi kalau kita nak katakan yang ini merupakan open book test. 

Dalam banyak-banyak soalan, saya rasa yang paling mencabar sekali ialah untuk seksyen soalan Matematik. 

Mungkin... sebab saya sendiri dah lama tak study matematik. Kalau nak kena duduk exam semula... mau saya hantar semula paper kosong tanpa ada sebarang jawapan dalam tu. 

Mujurlah ... saya tak dipanggil untuk ambik exam ni. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...