Ahad, 21 September 2014

Performance Iklan Nuffnang Bagi Blog ni

Masih lagi berada ditahap yang kurang memberangsangkan. 

Mungkin... salah satu sebabnya ialah usaha diri sendiri yang masih lagi kurang.

Pernah sekali, Nuffnang anugerahkan CPUV earning kat blog ni. Tapi kejap sangat. 

Entah tak berapa lama lepas tu... terus hilang. Eh bukan hilang macam pesawat MH370 tu, tapi hilang sebab kempen iklan tu dah ditamatkan oleh advertiser. 



6 sen.

Saya harap Nuffnang dapat hadiahkan lagi banyak earning cpuv lepas ni. Kalau cuma 6 sen... adeh berapa tahun nak kena kumpul bagi cukup nak cash out ni. 

Memang letih la kalau macam ni. 

Tiba-tiba saya terfikir...

Mungkin juga ni ada kena mengena dengan faktor trafik blog ni. Trafik nak kata rendah, tak ada lah rendah sangat. 

Boleh kata agak tinggi jugak.

Cuma satu yang saya tak berapa berkenan ialah, trafik banyak datang dari negara luar dari Malaysia. Entah macam mana boleh jadi macam ni. 

Sedangkan saya bukannya menulis menggunakan bahasa asing. 

Tak apalah... terima je lah. 

At least blog ini banyak bantu saya untuk kerja-kerja ranking artikel dan SEO di search engine. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...