Jumaat, 10 Oktober 2014

Adakah Anda Nak Buat Duit Dengan Menawarkan Servis Advertorial?

Masa awal-awal pembabitan saya dalam bidang penulisan blog ini, memang jangan harap nak dapat peluang atau job advertorial.

Penulis blog tak popular dan tanpa nama macam saya, siapalah yang bermurah hati nak beri job? Memang tak ada.

Jadi, dari tahun 2009 hinggalah tahun 2014 saya perlu bersabar dan bersabar. Dalam pada itu, saya tetap bersyukur dengan apa yang ada.

Walaupun tak ada peluang nak dapat artikel advertorial, Alhamdulilah, Allah gantikan rezeki saya dalam bidang pemasaran affiliate. 

Dari sini, saya belajar macam mana nak buat duit RM1,000 setiap bulan dengan affiliate. Walaupun saya jarang pecah rekod, dan adakalanya amat jauh panggang dari api, namun saya gembira, sebabnya memang akan ada satu atau dua komisyen affiliate akan melekat.

Kemudian, perlahan-lahan saya belajar dan cuba memahami dengan lebih mendalam tentang SEO, artikel marketing, teknik copywriting dan sebagainya. 

Bila dah benar-benar faham, dan nampaknya komisyen affiliate pula makin setia, maka saya terfikir untuk kongsikan pengalaman dan kemahiran yang saya ada kepada orang lain.

Ilmu itu sifatnya perlu disebarkan dan diajarkan kepada orang lain.

Bukannya dipendamkan mahupun dirahsiakan untuk kegunaan seorang diri.

Maka dari satu, mulalah era penulisan ebook bagi saya. Dari satu judul, ke satu judul yang baru, dan terbaru, saya hasilkan ebook yang merakamkan perjalanan saya dalam bidang pemasaran affiliate.

Saya namakan ia dengan tajuk Jurnal Pemasaran Affiliate.

Ok itu semua selingan. ha ha 

Apa yang saya nak cerita adalah buat duit dengan menulis artikel Advertorial. 

Kalau anda masih tak jelas, apa itu advertorial, ia sebenarnya merujuk kepada kaedah pengiklanan menerusi artikel. 

Suatu artikel dihasilkan bagi menarik perhatian dan minat prospek untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu produk, servis atau perniagaan. 

Bukan mudah nak dapat job advertorial, kalau anda tak popular dan bukannya sesiapa. 

Saya pernah ceritakan dalam blog yang satu lagi pengalaman saya menggunakan servis dan perkhidmatan daripada pihak Advertorial.MY

Memang luar sangkaan. 

Bulan ini, satu job dah diterima. 

Jika ada rezeki, mungkin setiap bulan saya akan konsisten dapat job dan jika fenomena ini berterusan, maka akan makin bertambah sumber pendapatan saya menerusi blog. 

Jadi... memang tak sia-sia join Advertorial.MY

Mereka benar-benar berusaha keras untuk mempromosikan laman blog saya di mata advertiser dan menarik perhatian mereka untuk mendapatkan servis dari saya.

Awesome la. 


Rugi siapa yang masih tak join Advertorial.MY lagi   

1 ulasan:

  1. pernah dengar tentang advertorial.my ni, tak pernah cuba jer ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...