Isnin, 6 Oktober 2014

Berniaga Offline Dengan Online Tak Ada Bezanya

Susah pulak rasanya nak lelapkan mata.

Boleh jadi ni lah effect bila minum nescafe ais tadi. 

Buka Facebook pakai Blackberry. Cuba baca status update dari kawan-kawan, manalah tau bila baca status update diorang ni, akan buat jadi mengantuk. 

Tak jalan jugak.

Masing-masing sibuk buat iklan non stop. Saya suspek, ayat iklan tu semua adalah iklan yang di buat guna software autopost. 

Yup... lack of human touch.

Memang molek sekali masa dan timingnya bila saudara Smart Zul perkenalkan panduan Mudahnya berniaga di Facebook.

Orang kita memang amat amat memerlukan panduan sedemikian. Letih dah baca ayat iklan yang langsung tak memukau. 

Sekali baca kita dah nampak apa niat orang yang buat status update macam tu. Penuh dengan ayat suruh beli beli dan beli. Seolah-olah kita lihat si empunya ayat tu berada ditengah-tengah lautan manusia dan menjerit sekuat hati agar orang beli produk yang dia sedang promosikan. 

Annoying kan?

Yang peliknya... benda yang annoying macam ni la yang orang kita suka buat. Walhal, kalau dia pergi ke pasar misalnya, dia pun tak suka kalau ada peniaga berkelakuan macam tu. 

Tetapi di dunia online... boleh pulak dia buat benda yang sama. 

Macam mana nak kata ya, adakah anda tak tau yang sebenarnya online dengan offline tak jauh beza?

Kalau pemasaran secara offline, anda menjual kepada manusia.

Kalau pemasaran secara online pun begitu juga, anda pun menjual kepada manusia. 

Oleh yang demikian, peraturan dia masih tetap sama dan tak jauh beza. 

Jangan beza-bezakan sangat la. 

... dan yang penting, kalau betul tak tau... bertanyalah. 

Belajarlah. 

Salah satu panduan yang anda boleh belajar ialah dari panduan bisnes di facebook oleh smart zul yang diberi nama mudahnya berniaga di Facebook tu. 

  

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...