Malam tadi saya sembang-sembang dengan abang saya. Topik pilihan, "blogger sebagai kerjaya pilihan"
Eh? Blogger ni satu kerjaya ke? Ataupun sebenarnya orang menulis blog untuk tujuan seronok-seronok dan untuk suka-suka?
Itulah masalahnya.
Blogger baru, dan lama, ramai yang tak jelas dengan matlamat menulis blog ni. Kalau dia rasa nak menulis, dia tulis. Kalau dia rasa macam malas nak tulis, dia tak tulis la.
Walhal, aktiviti menulis blog ini sama juga macam lain-lain kerja dan kerjaya. Ia perlu dilakukan dengan penuh istiqomah dan perlu dibuat setiap hari. Walaupun, pada hakikatnya saya sendiri ada masanya terlepas daripada menghasilkan sebarang entri di blog.
Saya mula menulis dalam blog sekitar tahun 2009.
Tahun 2010 - 2012 saya perasan, ramai betul yang nak jadi blogger. Mungkin... Just mungkin! Pada waktu tu, blogger seperti Redmummy ada mendedahkan pendapatan yang dia perolehi hanya menerusi aktiviti menulis blog.
Riban-riban baq hang...
Sesiapa pun pasti akan terliur melihatkan income sehingga RM20 ribu yang diperolehi setiap bulan hanya dengan menulis blog.
Sekarang dah 2014.
Apa jadi pada blog-blog yang dulunya berkobar-kobar dihasilkan?
Mana pergi semua blogger-blogger yang bajet bagus dan kononnya bersemangat waja, dan dilengkapi dengan misi dan visi nak berjaya tu?
Jawapan: HILANG! GONE! GIVE UP!
Sebabnya?
Diorang ni GAGAL buat duit dengan blog atau kalau berjaya buat duit dengan blog sekalipun, jumlahnya sangatlah CIPUT. Memang tak berbaloi dengan usaha yang dilakukan.
Bila dah terlalu lama masa yang dilaburkan untuk mengurus blog, tiba-tiba hasil langsung tak ada, apa lagi pilihan paling logik untuk dilakukan seterusnya?
Berhentilah.
Saya pun pernah berada dalam situasi yang sama. Bila apa yang kita rancangkan tak menjadi, adakah kita nak teruskan juga atau pilihan terbaik adalah berhenti seketika dan belajar?
Nampaknya... ramai juga yang memilih untuk berhenti seketika, tetapi sampai sekarang masih lagi tak bermula. Masih tetap dalam mode belajar walaupun dah bertahun-tahun blognya kosong tak berupdate. Sudahnya, ada blog yang expired, kerana dah tak bayar kos untuk domain dan hosting.
Itu semua kos. Kalau blog yang diharap-harapkan dapat beri pulangan dalam bentuk wang ringgit, langsung tak beri sebarang hasil... tak kan masih nak diteruskan?
Blog sabreehussin.com dah agak lama saya wujudkan. Malahan blog ini pernah dilanda technical issue. Tahun 2014 saya perlu mula menulis semula seolah-olah blog tersebut adalah blog baru.
Tak apa.
Saya pilih untuk jadi optimis. Pengalaman saya buat duit dengan blog sejak dari tahun 2009 lagi boleh saya manfaatkan.
... dan akhirnya, ia membuahkan hasil dan apa yang saya harapkan benar-benar boleh jadi kenyataan.
Saya cuma dapat nasihatkan, wahai blogger, biarlah kamu jelas dengan matlamat kamu. Saya menulis blog salah satu sebabnya adalah untuk buat duit dan untuk jadikan blog sebagai sumber rezeki.
Jujurnya, potensi pendapatan yang tak ada had, yang buatkan saya tertarik untuk berkecimpung dalam dunia penulisan blog.
Bukan sebab nak popular.
Bukan sebab nak bersilaturrahim.
Bukan... bukan... bukan...
Saya nak buat duit. Biarlah orang kata saya gila duit atau mata duitan sekalipun, sebabnya, at the end of the day, hanya saya yang benar-benar faham, betapa banyaknya hutang yang saya ada, dan yang saya perlu selesaikan.
Ia bukan boleh diselesaikan dengan populariti dan bersilaturahim semata-mata. Hutang duit, dibayar dengan duit juga.
Buat yang baru nak bermula buat duit dengan blog pada tahun 2014... perjalanan anda masih jauh, dan masih banyak yang perlu dipelajari.
Buat duit dengan blog tak sesusah mana, namun ia juga bukan mudah. Nasihat saya, bacalah ebook saya, Jurnal Pemasaran Affiliate! Ia pasti akan memudahkan kefahaman anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan