Selasa, 21 Oktober 2014

Bro Ada Buat Job Kat Jobdirumah ke?

Selain buat affiliate jobdirumah, bro ada ke buat apa-apa job berbayar yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah? 

Sebelum saya teruskan dengan jawapan bagi soalan tu, saya nak betulkan terlebih dahulu salah faham yang berlaku ni. 

Pertama sekali... pihak jobdirumah tidak menyediakan atau menawarkan sebarang job.

Anda perlu jelas apa peranan yang dimainkan oleh pihak jobdirumah. Kalau anda masih tak jelas, ada beberapa perkara yang saya kira berlaku pada anda. 

Sama ada anda terlepas pandang, atau anda memang jenis yang MALAS nak baca panjang-panjang. Anda yang mana satu?

Amat pelik sekali bila ada yang tanya sama ada saya pernah terima sebarang job dari pihak jobdirumah. Saya tak pernah terima dan pihak jobdirumah juga tak menawarkan sebarang job kepada ahlinya. 

Kedua, Pihak Jobdirumah menyediakan panduan bekerja dari rumah. 

Ini yang sebenarnya. Urusan dengan pihak Jobdirumah adalah bagi mendapatkan panduan sebenar macam mana nak bekerja dari rumah. Itu sahaja. 

Panduan adalah dalam bentuk video dan juga bertulis. Panduan inilah yang anda boleh rujuk bagi memudahkan anda memilih kerja yang sesuai dengan anda. 

Ketiga, Pihak Jobdirumah hanya memberi recommendation untuk ambil job dari laman-laman web tertentu sahaja. 

Salah satu yang saya cuba sendiri ialah dengan laman web Micro Workers. 

Saya dah ceritakan pengalaman saya bekerja dari rumah menerusi web Micro Workers dalam post saya yang berjudul Pengalaman Bekerja Dari Rumah Menerusi Jobdirumah.

Sekarang ni saya tak fokus sangat dengan buat job menerusi micro workers tu. 

Walaupun job yang ditawarkan banyak yang mudah-mudah, namun ia leceh. 

Upahnya juga tak begitu lumayan. 

Sekarang ni, untuk kategori bekerja dari rumah, saya lebih fokus untuk bekerja sebagai penulis artikel Advertorial berbayar.

Ia lebih lumayan dan ia memang kena dengan style dan citarasa saya. 

Jika anda juga berminat nak tahu macam mana bekerja dari rumah dengan menawarkan servis penulisan artikel berbayar (advertorial) anda boleh baca post saya yang sebelum ini iaitu Pengalaman menggunakan servis Advertorial.MY

Baiklah, itu sahaja buat masa sekarang ni. Semoga menjawab pertanyaan anda. 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...