Rabu, 8 Oktober 2014

Iklan Nuffnang Tak Jalan La Pulak...

Buat duit dengan Nuffnang.

Ini salah satu program pengiklanan yang saya gemari. Mungkin sebab saya dengan Nuffnang ada sejarah yang agak panjang. 

Nuffnang ni juga adalah satu-satunya program pengiklanan tempatan yang pernah membayar hasil usaha saya berpenat lelah menulis blog. 

Malahan tak salah untuk saya katakan, Nuffnang adalah salah satu pilihan terbaik untuk saya buat duit online tanpa modal.


Blog ini juga nampaknya dah mula dapat perhatian daripada Nuffnang.

buat_duit_nuffnang


Lama juga saya tunggu-tunggu peluang untuk dapatkan CPUV earning daripada Nuffnang. 

Akhirnya dapat juga. 

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang pelik. 

Earning tak jalan.

Walaupun bila saya semak di dashboard, blog ini menerima kunjungan yang agak ramai. Jadi... salah satu sebab yang saya dapat fikirkan, ia mungkin sebab pelawat yang masuk ke blog ini mungkin bukan manusia.

Kalau bukan manusia... siapa? 

Jawapannya ialah... ROBOT. 

Robot dari search engine. 

Ataupun mungkin software khas yang dibangunkan untuk tujuan autocommenting atau auto surfing ke laman-laman web tertentu. 

Itu pun mungkin sahaja. Satu teori yang saya sendiri tak dapat nak buktikan.

Cuma saya perasan benda ni mungkin betul sebabnya walaupun hits yang masuk ke web ini agak ramai, tetapi tak ada sebarang interaksi. 

Entahlah. 

Ini pun main agak-agak je. 

Apa pun terima kasih Nuffnang sebab beri saya banyak kempen CPUV dan peluang nak buat duit dengan Nuffnang.    

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...