Rabu, 8 Oktober 2014

Ini bisnes kita, ini hidup kita

Nak daftar banyak-banyak blog memang senang. Malahan senang sangat. 

Blog terbaru yang saya daftar, ialah blog tentang Bisnes Tone Excel. Manalah tau ada rezeki nanti... boleh dapat prospek baru seorang dua. 

Tolonglah jangan minta saya keluar rumah dan open table kat mana-mana. 

Saya tak ada masa nak buat semua tu. 

Saya tak pandai nak buat macam tu. 

Saya percaya, dalam bisnes ni setiap orang berhak untuk menggunakan segala kekuatan yang dimilikinya untuk menjalankan bisnes ni. 

Mana-mana yang kepakarannya ialah update status tentang tone excel tanpa henti di Facebook... biarkan... biarkan.. biarkan.

Walaubagaimanapun, kalau kalian ingin fokuskan pemasaran bisnes tone excel hanya dengan medium FB semata, at least anda kena tahu macam mana strategi dan tekniknya. 

Silap teknik, orang makin menyampah nak baca status update dari anda. 

Jangan pening-pening, anda tonton je video mudahnya berniaga di Facebook ini. In Shaa Allah anda akan jadi lagi jelas tentang selok belok berniaga di facebook. 

Teruskan dengan cara promosi yang anda selesa. 

Kalau yang lebih gemar gunakan kuasa blog macam yang saya sering lakukan, maka teruskan gunakan blog.

Tak semestinya anda kena ikut bulat-bulat apa yang orang lain buat. 

Kalau semua orang buat benda yang sama, jadi apa kelainannya yang terdapat pada anda? 

Oleh sebab itu, anda memang patut cuba sesuatu yang berbeza.

Cara kita mungkin berbeza, namun matlamat kita sama dan serupa. Jadi, jangan biarkan orang lain yang tak ada kena mengena dan tak ada sumbangan langsung dalam hidup kita dari melemahkan diri kita. 

Teruskan je.

Ini bisnes kita.

Ini hidup kita. 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...